mattzzx Publish time 5-3-2024 11:05 AM

Inter Milan kukuh cengkaman

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-ITA-SERIEA-INTER-GENOA_1709597027.jpg
ASLLANI (kiri) merembat gol pertama Inter. FOTO AFP

Milan: Inter Milan menjarakkan kedudukan di puncak Serie A dengan 15 mata selepas dua jaringan babak pertama menerusi Kristjan Asllani dan penalti Alexis Sanchez memberikan kemenangan 2-1 ke atas Genoa di tempat sendiri awal pagi tadi.

Inter terus mengukuhkan cengkaman dalam persaingan memburu gelaran dengan 72 mata selepas pasukan di tangga kedua Juventus tewas 1-2 di Napoli semalam.

Pengendali Simone Inzaghi mempunyai sebab terbaik untuk meraikan aksi Serie A ke-300nya sebagai pengurus selepas skuadnya menang semua 12 perlawanan setakat ini dan menyamai pungutan mata yang mereka raih keseluruhan musim lalu.

"Kami perlu teruskan seperti ini, berusaha beraksi sebaik mungkin sehingga akhir musim," kata Inzaghi kepada Sky Sports Italia.



"Pemain tahu objektif kami, masih ada 11 pusingan lagi di Serie A dan 33 mata lagi perlu diraih, jadi kami tak boleh melepaskannya.

"Ia kerja semua orang, staf saya, pemain dan kelab sentiasa menyokong dalam sekecil-kecil perkara. Saya sangat bertuah mempunyai skuad yang bekerja seperti ini dan kami perlu memandang ke masa depan."

Perlawanan Inter dalam aksi liga seterusnya ialah berkunjung ke pasukan tempat keempat Bologna pada Sabtu sebelum menentang Atletico Madrid dalam aksi kedua peringkat 16 Liga Juara-Juara pada 13 Mac.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066900/inter-milan-kukuh-cengkaman
Pages: [1]
View full version: Inter Milan kukuh cengkaman


ADVERTISEMENT