mattzzx Publish time 5-3-2024 11:04 AM

Luis Enrique perlekeh soalan mengenai Mbappe

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EUR-C1-PSG-PRESSER_1709599228.jpg
REAKSI Luis Enrique ketika sidang media di Stadium Reale Arena. FOTO AFP

San Sebastian: Pengurus PSG Luis Enrique mengelak daripada menjawab beberapa soalan mengenai masa depan Kylian Mbappe bersama kelab Ligue 1 itu dan menegaskan dia lebih fokus kepada aksi peringkat kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang kelab LaLiga Real Sociedad di tempat lawan awal pagi esok.

Kapten Perancis Mbappe, penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG, masih belum beraksi penuh perlawanan sejak memberitahu kelab dia mahu meninggalkan mereka sebagai ejen bebas penghujung musim ini.

Sejak masuk daripada bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Nantes pada 17 Februari, pemain berusia 25 tahun itu digantikan dalam dua aksi Ligue 1 berturut-turut menyaksikan PSG seri kedua-dua perlawanan.

Ketika ditanya soalan demi soalan mengenai Mbappe, Luis Enrique tampak beberapa kali kurang senang dan kerap berjenaka dengan penterjemah Uefa apabila mengatakan dia kurang faham dengan soalan.



"Sangat mudah menguruskan (soalan mengenai Mbappe), jadi saya hanya menjawabnya ikut suka saya. Itu formula saya," kata Luis Enrique ketika sidang media di San Sebastian awal pagi tadi.

"Perlawanan awal pagi esok sangat penting dan tiada komen akan diberikan (mengenai Mbappe)."

Luis Enrique tampak tidak mahu timbul sebarang gangguan ketika PSG yang menang 2-0 dalam aksi pertama menyasarkan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara.

"Peringkat kedua lebih sukar, keputusan kami peroleh adalah bagus tetapi kami perlu waspada. Jika anda leka anda akan pulang kecewa dan itu yang saya mahu elakkan," kata Enrique yang menyedari atmosfera panas di Reale Arena.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066902/luis-enrique-perlekeh-soalan-mengenai-mbappe
Pages: [1]
View full version: Luis Enrique perlekeh soalan mengenai Mbappe


ADVERTISEMENT