seribulan Publish time 5-3-2024 08:22 AM

...PADU...



PADU LOGIN – ISI PERMOHONAN SEKARANG JIKA ANDA B40 & M40February 27, 2024 by admin
Kerajaan melancarkan sistem PADU, sistem pangkalan data utama negara, bagi menggalakkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mendaftar bagi memastikan anda tidak terlepas bantuan, subsidi dan lain-lain kebajikkan istimewa kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.PADU memainkan peranan penting dalam pendigitalan dan analisis di negara ini melalui MOF.Sila baca artikel ini sehingga habis. Kami akan berkongsi dengan anda cara mengemaskini sistem PADU login ini.Daftar Padu Sistem Onlinehttps://waktu.ai/wp-content/uploads/2024/02/PADU-Login.jpgApa guna kita daftar PADU? Jika anda mendaftar dan mengemas kini maklumat anda di portal PADU ini, sistem akan memastikan anda tidak terlepas daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial yang layak.Tempoh kemas kini maklumat Fasa 1 selama tiga bulan membolehkan kerajaan memproses data dan menentukan kelayakan individu untuk bantuan kerajaan.Cara Guna PADU LoginAnda hanya perlukan 3 langkah mudah untuk mendaftar sistem PADU online ini, boleh rujuk gambar di bawah:https://waktu.ai/wp-content/uploads/2024/02/padu-login.png
[*]Sila layari portal https://padu.gov.my/.
[*]Tekan “Daftar”
[*]Isikan maklumat pendaftaran, nombor telefon dan alamat e-mel yang sah.
[*]Untuk mengesahkan akaun anda, sila masukkan OTP anda.
[*]Tetapkan kata laluan untuk proses log masuk.
[*]Daftar Buku Panduan PADU
Untuk mendaftar dan memperbaharui PADU secara manual, anda boleh mendaftar di Pejabat Daerah dan Pejabat Operasi. Sila bawa dokumen berikut:
[*]Kad pengenalan dan salinan
[*]Maklumat Pekerjaan dan Pendapatan
[*]Maklumat komitmen ahli keluarga
[*]Sijil Pendidikan
[*]Maklumat bank
https://waktu.ai/wp-content/uploads/2024/02/padu.pngMaklumat Lanjut PADUUntuk log masuk ke sistem dalam talian PADU, sila layari https://www.padu.gov.my/. Anda boleh mendaftar dan mengemaskini di portal rasmi.


dewi_rina Publish time 5-3-2024 05:13 PM

Tak lepas tang ekyc tu..

seribulan Publish time 8-3-2024 07:51 AM

dewi_rina replied at 5-3-2024 04:13 PM
Tak lepas tang ekyc tu..

Jenuh {:gif_angry:}

A-Are Publish time 8-3-2024 09:40 AM

dewi_rina replied at 5-3-2024 05:13 PM
Tak lepas tang ekyc tu..

ya samalah...apa perlu dibuat u olls

seribulan Publish time 8-3-2024 11:50 AM

A-Are replied at 8-3-2024 08:40 AM
ya samalah...apa perlu dibuat u olls

Certain phone x leh akses {:8_656:}guna phone lain...
Pastikan x de silau lampu @ background sekata kot...

A-Are Publish time 8-3-2024 11:51 AM

seribulan replied at 8-3-2024 11:50 AM
Certain phone x leh akses guna phone lain...
Pastikan x de silau lampu @ background sekat ...

i see...ok nnt try semula

dewi_rina Publish time 9-3-2024 02:33 PM

A-Are replied at 8-3-2024 01:40 AM
ya samalah...apa perlu dibuat u olls

Katanya kena pergi kaunter padu :L

sunquick Publish time 11-3-2024 10:09 AM

mana2 yang tak lepas ekyc tu, boleh ke kaunter PADU or ke pejabat2 dosm untuk pengesahan ic..

A-Are Publish time 12-3-2024 07:54 AM

dewi_rina replied at 9-3-2024 02:33 PM
Katanya kena pergi kaunter padu

kalau baca notification dia bg mmg kena p kaunter padu...1hal plak nk kena ambik cuti

dewi_rina Publish time 12-3-2024 08:35 AM

A-Are replied at 11-3-2024 11:54 PM
kalau baca notification dia bg mmg kena p kaunter padu...1hal plak nk kena ambik cuti

Jadi koje pulak nak pergi kaunter padu kan.. Yih lantak jelah

seribulan Publish time 27-3-2024 04:05 PM

SHAH ALAM: Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melanjutkan proses pendaftaran serta kemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir pada 31 Mac ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata pihaknya perlu mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi.

"Setakat saya boleh katakan kita tiada rancangan untuk lanjutkan daripada 31 Mac. Perdana Menteri sudah umumkan pada belanjawan lepas bahawa tahun ini kita akan lakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar. Jadi kalau saya ada ruang, sudah tentu saya berbesar hati untuk lanjutkan.

"Cuma kalau kita lanjutkan (tempoh pendaftaran dan kemas kini) bermakna kita juga menolak pelaksanaan subsidi bersasar ke depan yang mana setiap satu bulan penangguhan, kerajaan menanggung sekurangnya RM2 bilion bagi subsidi minyak (petrol) pukal," katanya pada sesi soal jawab pada Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan subsidi bersasar, Rafizi berkata, cadangan yang diangkat kepada kerajaan dan sedang dibincangkan adalah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan kepada rakyat.

"Ia sesuatu yang belum pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini dan menerusi PADU, kita nak ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa panjang. Sebelum ini bantuan kita beri dalam tempoh tiga ke empat bulan sekali atau bagi menerusi e-dompet," katanya.

Sementara itu, pada sesi libat urus berkenaan, Rafizi mengulangi kebimbangannya terhadap jumlah pendaftaran yang rendah dalam kalangan penduduk di Selangor.
Beliau berkata, 1,224 lokaliti di negeri ini masih belum mendaftar di bawah PADU.

Katanya, Petaling Jaya mempunyai bilangan penduduk yang tidak berdaftar dengan PADU tertinggi, diikuti Hulu Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Majoriti mereka yang tidak berdaftar dengan PADU di Selangor tinggal adalah mereka yang tinggal di rumah flat, apartmen dan kondominium," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227037/pendaftaran-kemaskini-padu-tidak-dilanjutkan

manop Publish time 28-3-2024 10:34 AM

sunquick replied at 11-3-2024 10:09 AM
mana2 yang tak lepas ekyc tu, boleh ke kaunter PADU or ke pejabat2 dosm untuk pengesahan ic..

pulak dahhhh
Pages: [1]
View full version: ...PADU...


ADVERTISEMENT