Tiga cedera parah kereta terbabas masuk longkang
Tiga cedera parah kereta terbabas masuk longkangOlehROSILAWATI ROSEDI
04 Mac 2024 07:13pm
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/04/2561577.jpg
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. Foto Ihsan JBPM
TEMERLOH - Seorang pemandu dan dua penumpang cedera parah selepas kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam longkang di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Paya Keladan di sini pada Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, dua lagi penumpang kereta terbabit cedera ringan dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.36 petang.
"Seramai empat anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Mentakab dikerahkan ke tempat kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/04/2561578.jpg
Keadaan kereta yang terbabas masuk ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Paya Keladan, Temerloh pada Isnin. Foto Ihsan JBPM
"Komander operasi melaporkan sebuah kereta terbabas dan masuk ke dalam longkang."Terdapat lima mangsa iaitu pemandu kereta seorang lelaki dewasa yang tersepit dan cedera parah, dua lagi cedera parah seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak lelaki."Dua mangsa cedera ringan iaitu seorang lelaki dewasa dan bayi lelaki," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, pasukan terlibat membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.
Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh menggunakan EMRS," tambahnya.
Tiga cedera parah kereta terbabas masuk longkang - Sinar Harian
Pages:
[1]