mattzzx Publish time 4-3-2024 01:52 PM

Penyokong gesa Selangor pilih jurulatih berprinsip, tak 'dicucuk hidung'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/selangorfan3_1709529972.jpg
PENYOKONG Selangor menantikan siapakah ketua jurulatih yang akan menggantikan tempat Tan Cheng Hoe. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Penyokong Selangor FC meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengurusan pasukan kelab itu dalam memilih jurulatih berkaliber bagi membimbing skuad Red Giants yang bakal mengharungi jadual agak padat sepanjang musim ini termasuk beraksi di Liga Juara-Juara Asia II (ACL II).

Bagaimanapun pemilihan pengendali baharu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke Liga Thailand bersama Police Tero itu biarlah seorang jurulatih berprinsip dan tegas, selain tidak mudah 'dijual beli' mahupun 'dicucuk hidung'.

Hasrat itu diluahkan Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid yang berharap kriteria itu dipandang serius agar 'pisang tidak berbuah dua kali' dengan dia menyarankan jurulatih import diberi kepercayaan bagi melatih pasukan.

Namun Faizal berkata, kepakaran luar yang ingin di bawa haruslah benar-benar yang terbaik dengan meletakkan prinsip sebagai asas kehidupan.


"Bukan tak mahu jurulatih tempatan, anak tempatan ramai yang bagus-bagus cuma kita tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.

"Kalau boleh ambil jurulatih luar yang tidak pernah melatih pasukan di Malaysia, tapi jurulatih itu juga perlukan yang terbaik dan ada kualiti kerana Selangor akan beraksi di ACL II, dan memerlukan jurulatih yang bagus.

"Saya setuju jika Jurgen Klinsmann di bawa sebab kita tahu orang Jerman ini hati dia keras. Begitu juga Park Hang-seo dari Korea, kita tahu orang-orang Korea ini tak mudah tunduk atau terlalu takut dengan 'status' seseorang.

"Apapun, saya percaya pengurusan Selangor pastinya akan memilih calon yang terbaik dan saya letak kepercayaan 100 peratus kepada pasukan," katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan jodoh Cheng Hoe dan Selangor FC tidak panjang apabila jurulatih itu meninggalkan pasukan secara mengejut.

Untuk rekod, Cheng Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu sekali gus layak beraksi di saingan ACL II musim ini.

Malah pada musim 2022 lalu, Cheng Hoe hampir menghadiahkan trofi Piala Malaysian sebelum tumbang di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di final dengan 1-2.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066659/penyokong-gesa-selangor-pilih-jurulatih-berprinsip-tak-dicucuk
Pages: [1]
View full version: Penyokong gesa Selangor pilih jurulatih berprinsip, tak 'dicucuk hidung'


ADVERTISEMENT