mattzzx Publish time 4-3-2024 01:45 PM

Rooney Ganu tiada dalam radar TFC

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ganui4324_1709530848.jpg
Lee Tuck (tengah) ketika menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan Gon sebelum ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) tidak bercadang untuk mengikat bekas tonggak importnya, Lee Tuck dalam mengharungi kancah Liga Super musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, pemain naturalisasi kebangsaan itu tiada dalam radar pasukan setakat ini biarpun pemain itu berminat untuk kembali ke bumi Terengganu.

Jelasnya, ketika ini posisi tengah pasukan sudah lengkap sepenuhnya susulan kehadiran seorang lagi bintang import dari Croatia yang akan tiba tidak lama lagi.

"Setakat ini pemain itu (Tuck) tiada dalam perancangan pasukan termasuk ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dalam mengharungi saingan liga musim ini.


"Lagipun jentera tengah pasukan yang terdiri daripada pemain tempatan dan import sudah lengkap sepenuhnya, pada masa sama TFC juga fokus kepada pemain muda tempatan untuk memberikan minit permainan yang lebih kepada mereka.

"Satu lagi memandangkan dana pasukan tidak begitu besar, kami terpaksa berbelanja lebih berhemah termasuk mengurangkan jumlah import biarpun sembilan pemain boleh didaftarkan.

"Jadi kami memohon maaf kepada Tuck kerana tidak dapat merealisasikan impiannya biarpun mengetahui pemain itu begitu berminat untuk kembali bersama TFC musim ini," katanya ketika ditemui.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1219441/rooney-ganu-tiada-dalam-radar-tfc
Pages: [1]
View full version: Rooney Ganu tiada dalam radar TFC


ADVERTISEMENT