mattzzx Publish time 4-3-2024 01:41 PM

EPL: Mac Allister dapat pujian melangit

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Liverpool-2.jpg
MAC ALLISTER (kiri) mendapat pujian tinggi daripada Klopp kerana ketenangannya mencipta gol kemenangan buat Nunez menewaskan Forest.– LIVERPOOL FC

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak pernah melupakan sumbangan besar dimainkan Alexis Mac Allister yang mencetuskan jaringan Darwin Nunez untuk menewaskan Nottingham Forest 1-0 di City Ground kelmarin.

Ketika aksi hampir berakhir seri tanpa jaringan, Mac Allister kekal tenang mencipta gerakan gol buat Nunez sehinggakan ja­ringan kemenangan itu mencetuskan protes daripada kem Fo­rest menyaksikan pengadil, Paul Tierney mengeluarkan layangan kad kuning dan merah.

“Jaringan itu dicetuskan oleh pemain paling tenang dalam padang. Saya tidak akan melupakan detik ini. Umpanan yang cukup berkualiti untuk menghasilkan gol penting,” kata Klopp.

Walaupun menyenaraikan ramai pemain muda, kemena­ngan itu terus menyalakan harapan buat The Reds untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kedua di bawah kendalian Klopp dan tambahan trofi selepas menjuarai Piala Liga Ing­geris (EFL) musim ini.

“Mengambil kira kea­daan yang kami hadapi, ini adalah aksi paling sukar khususnya bermain empat perlawanan dalam tempoh 11 hari. Kami berdepan kesukaran dan jelas kemenangan ini cukup istimewa, saya tidak boleh meminta lebih lagi daripada pemain,” ­tambah Klopp.

Sementara itu, Mac Allister turut gembira dengan keputusan itu dan menganggap Nunez sebagai pemain terpenting dalam kemenangan The Reds.

“Ia cukup istimewa buat kami dan bukan senang untuk memenangi perlawanan seperti ini. Kami hadir dengan kesukaran dan ketika itu saya hanya me­lakukan umpanan untuk disudahkan oleh Darwin (Nunez).

“Tiada perlawanan yang mudah di EPL, namun kami kekal positif. Kami memiliki pasukan yang hebat sama ada ketika berada dalam atau luar padang,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03/04/epl-mac-allister-dapat-pujian-melangit/
Pages: [1]
View full version: EPL: Mac Allister dapat pujian melangit


ADVERTISEMENT