EJALTI Publish time 3-3-2024 06:45 PM

Syamsul Yusof merajuk? Yusof Haslam harap hubungan kembali jernih

Syamsul Yusof merajuk? Yusof Haslam harap hubungan kembali jernih

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gan-kembali-jernih/

Oleh NUR EMIRA SAIZALI
3 Mac 2024, 3:43 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/YUSOF-HASLAM-3.jpeg
SEBAGAI bapa Yusof Haslam tidak putus berdoa semoga Syamsul Yusof pulang bertemunya dan isteri, Datin Patimah. - Foto Foto MOHD FIRDAUS JOHARI

SHAH ALAM – Penerbit Datuk Yusof Haslam mengakui anaknya, sutradara Syamsul Yusof belum pulang bertemu dengannya dan isteri, Datin Patimah sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Yusuf, 70, putera sulungnya itu mungkin sibuk dengan penggambaran filem terbaharu sehingga tidak berkesempatan menghubunginya.

“Dia masih tidak berhubung dengan kami dan mungkin sedang sibuk dengan peggambaran filem Original Gengster yang dijangka ditayang pada tahun ini.

“Apa pun, saya dan ibunya sentiasa mendoakan yang terbaik. Tiada ibu bapa yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Al Aqsa Carpets Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusof tidak menolak kemungkinan perkara itu berlarutan kerana Syamsul terkilan dengan isu yang berlaku antara mereka.

Namun, sebagai bapa dia tidak akan melakukan perkara serupa terhadap Syamsul sebaliknya terus berdoa agar kemelut antara mereka segera berakhir.

“Tak mengapalah, sebagai orang tua saya perlu berfikiran matang.

“Sebagai ayah, apabila anak bersikap sebegitu saya tak boleh melakukan hal sama. Kata isteri saya, kita serahkan kepada Tuhan.

“Saya rasa tiada anak yang tak sayangkan ibu bapanya, mungkin dia masih merajuk atau terkilan. Ramadan pun semakin hampir, saya sentiasa doa yang terbaik,” ujarnya.

Kata pelakon drama Gerak Khas itu, dia enggan mengulas panjang perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan termasuk hubungannya dengan isteri.

“Kita tak boleh ubah takdir. Saya tak mahu komen lebih-lebih takut ada pihak merajuk selain mahu jaga hati semua orang termasuk isteri.

“Saya tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana benda ini. Semua yang berlaku masih baru dan harap ada penyelesaian.

“Sebagai anak, harus juga berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera,” katanya lagi.

Terdahulu, Yusof pada tahun lalu mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.

Syamsul pada Januari tahun lalu menjadi sorotan ramai apabila mengakui sudah bernikah dengan isterinya, Ira Kazar di Thailand dan bercerai dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 13 Jundengan talak satu.– KOSMO! ONLINE

anilanil Publish time 3-3-2024 07:42 PM

Open house raya tahun ini degawan maybe dah booking solident utk cuci pinggan. Tunggu je la mana2 tetamu open house yg rajin yg upload ig story kelibat solident nanti.

alieyrina Publish time 3-3-2024 07:53 PM

Anak tidak mengenang budi betui

Manusiabesa Publish time 3-3-2024 07:54 PM

70 dh? Steady lg ya dato. Aku ni belum tntu smpat hidup smpai 70 hahahahaha.

Watawan xbosan ke ulas sol je. Sol mcm tunggul, xpenah bg respons..klu aku xfedup dh nk siasat bab dia lg. Aku yakin dia dgn ik dh cerai. Tu je. Koser nk gigih cari dato datin lg. Zmn bila punya kes.. dh basi

xAthenax Publish time 3-3-2024 07:59 PM

Pelik aku anak macam samdol ni
waktu mula2 dulu, siapa financier dia kalau bukan paknya
paloii.

makcun14 Publish time 3-3-2024 08:00 PM

sabar la Tok Sop. nanti bila tiba zaman kejatuhan Sol dan ego dia tertunduk, mesti dia pandai cari jalan pulang.
semua pun tau, Sol is nothing without Tok Sop.
gitcheww mak karang skrip drama keluarga sempena Ramadhan

scarflicious Publish time 3-3-2024 08:00 PM

Ni betul2 real life sazali.

I.K.A888990 Publish time 3-3-2024 08:10 PM

mcm mana hidup kau skrg notelo oii...tenteram ke weiii
mesti aman damai kan hidup kau belakangkan ibu ayah
tahniah notelo

_blackbird Publish time 3-3-2024 08:16 PM

Mesti ada untold story di balik statement pak ucop ni. Come on ucop, jadilah lelaki tegas & alpha male. Jgn kalah dgn timoh toxic. Beras kan tokcop beli.

pocongkiutss Publish time 3-3-2024 08:46 PM

Nak kembali jernih..kenalah peluk cium bini baru dia dulu ;P

ReginaGeorge Publish time 3-3-2024 08:47 PM

Degawan tengah garu biji tu sambil mimpi dapat rivu riban duit raya dari menantu kesayangan. Untung family degawan. Kaya hasil penat jerih tok usop…

LadyCarefree Publish time 3-3-2024 08:53 PM

Anakko ada bini. Ko asyik2 ckp nak Sol je balik. Menantu ko xsebut? LOL

anony-mous Publish time 3-3-2024 08:59 PM

alieyrina replied at 3-3-2024 07:53 PM
Anak tidak mengenang budi betui

Tp rezeki heols murah sentiasa. Lagu dia nyanyi dgn mawi tu betul2 gambarkan heols

aina_shaira Publish time 3-3-2024 09:03 PM

Pernah jumpa dato usop ni masa makan dekat restoran haslam, kulit dia elok dan Nampak muda..

noor2 Publish time 3-3-2024 09:13 PM

X cerai lagi la tu IK dgn Sol

miss_strangers Publish time 3-3-2024 09:16 PM

Neraka kirim salam sol oiiiiiii

miss_strangers Publish time 3-3-2024 09:18 PM

Sol ko ubah jela bighah pakai pudah kelubung cam jahlop, pasti toksop sejuk hati..plus xdela sakit hati sgt tintimah sbb bighah dah kelubung nampak mata. Elok mata bighah pon pakai jaring2 cam burqa org arab tu xdela berapi sgt tintimah

cm_vungtau Publish time 3-3-2024 09:31 PM

Tok Sop ambik side PS hari tu. Tu yang dia merajuk tu. Bila ibu bapa ambik side menantu, kena terima la kot2 anak bakalan merajuk. Sekarang pun true colors PS dah keluar sikit2.

rain2169 Publish time 3-3-2024 10:21 PM

Alaaaa Sol punnnn…
If yr parents ada makes mistake… maafkan je la..
Ibu ko tuuu
Ayah ko tuuu…..
Forgive them pleaseeee….
Call them Sol…. Talk to them…

pichee Publish time 3-3-2024 10:50 PM

sok bila mak ayah dh xde, kau jgn menyesal pula...
Pages: [1] 2 3
View full version: Syamsul Yusof merajuk? Yusof Haslam harap hubungan kembali jernih


ADVERTISEMENT