mattzzx Publish time 3-3-2024 12:50 PM

Arteta malas layan Ferdinand

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/arteta2023_1709439380.jpg
KONTRAK semasa Arteta adalah sehingga musim panas 2025. FOTO AFP

London: Mikel Arteta enggan membalas komen Rio Ferdinand bahawa bos Arsenal itu akan berhijrah ke Manchester United tanpa sebarang masalah.

Ferdinand menerusi rancangan YouTube LIMA pada pertengahan minggu lalu berkata, Arteta berpeluang membimbing United jika kelab itu menyingkirkan pengendali semasa, Erik ten Hag.

Arteta mendakwa beliau lebih gemar memberi tumpuan kepada perkara baik dilakukan oleh pengulas berbanding kepada pendapat yang 'tidak begitu positif'.

"Saya fikir ia adalah sebahagian daripada tugas kami di mana kami didedahkan kepada media, kepada mereka yang pakar dalam bola sepak. Mereka mempunyai pendapat mereka.



"Cuma kita biasanya memberi tumpuan kepada perkara yang tidak begitu positif. Kita sering memberi tumpuan apabila mereka bercakap perkara yang hebat.

"Kadangkala kita terlalu menumpukan kepada pandangan negatif," katanya.

Kontrak semasa Arteta bersama Arsenal adalah sehingga musim panas 2025 tetapi beliau mungkin dikekalkan.

Arteta sendiri pada Januari lalu memberi bayangan untuk kekal ketika khabar angin kuat mengatakan dia berhasrat mahu berundur di akhir musim.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066284/arteta-malas-layan-ferdinand
Pages: [1]
View full version: Arteta malas layan Ferdinand


ADVERTISEMENT