mattzzx Publish time 3-3-2024 12:45 PM

Awas obor-obor api di pesisir pantai

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj50026396_1709439414.jpg
OBOR-OBOR api di pesisir pantai di Bachok. FOTO ihsan pembaca

Bachok: Pengunjung di sekitar pantai daerah ini dinasihatkan berhati-hati dengan ancaman obor-obor yang naik ke permukaan daratan pada musim kemarau ketika ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok (MDB), Shamsul Abu Bakar berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Kelantan berhubung kehadiran haiwan itu sejak akhir Februari lalu.

Katanya, obor-obor itu dikenal pasti daripada spesis Physalia Physalis atau Portuguese Man Of War Jellyfish (obor-obor api) yang berbahaya.

"Selepas monsun, kita menerima ancaman obor-obor yang mendarat di pesisir pantai yang memberi kesan kesihatan seperti penyakit kulit dan dikatakan boleh membawa maut," katanya ketika dihubungi.


Katanya, pihaknya menerima laporan ancaman binatang berbisa itu di pantai Senok, Kemayan, Damat, Pantai Irama dan beberapa pantai lain.

Pada masa sama, MDB turut mengeluarkan notis amaran kepada pengunjung mengikut Seksyen 63, Pengawalan Tempat Awam (Akta Kerajaan Tempatan 1976) Akta 171, yang memohon pengunjung mematuhi segala langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin turut membuat lawatan dan tinjauan kepada pengunjung pantai dengan menasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti mandi manda ketika ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1066288/awas-obor-obor-api-di-pesisir-pantai
Pages: [1]
View full version: Awas obor-obor api di pesisir pantai


ADVERTISEMENT