mattzzx Publish time 3-3-2024 12:05 PM

Telegram sedia kerjasama banteras aktiviti scam, judi dalam talian

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-03-at-11.25.22.jpeg
Fahmi ketika bertemu Pavel di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu semalam. FOTO- Facebook Fahmi

PUTRAJAYA – Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkemas aspek kawal selia, terutama untuk banteras aktiviti scam dan judi dalam talian di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kesediaan tersebut dinyatakan oleh pengasas dan pemilik Telegram, Pavel Durov ketika perjumpaan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, semalam.

“Perbincangan kami amat positif dan banyak fokus diberikan kepada perkara berkaitan kerangka kawal selia platform itu dan teknologi baharu (termasuk AI).

“Pavel menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang beberapa peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Selain memberi komitmen dan bersedia untuk melebarkan sayap operasi di Malaysia pada masa akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan bahawa beliau turut menjemput Pavel ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/03/telegram-sedia-kerjasama-banteras-aktiviti-scam-judi-dalam-talian/
Pages: [1]
View full version: Telegram sedia kerjasama banteras aktiviti scam, judi dalam talian


ADVERTISEMENT