mattzzx Publish time 3-3-2024 11:43 AM

Kakak Hailey Bieber lempar pad ke arah pengawal keselamatan, berang dihalang guna tandas pekerja

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F02%2F2572392.jpg
Alaia (kiri) merupakan kakak kepada Hailey (kanan).

KAKAK kepada model Hailey Bieber ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan kekerasan di sebuah kelab malam di Savannah, Georgia.

Memetik laporan People, Alaia Baldwin Aronow didakwa membaling pad atau tuala wanita ke arah pengawal keselamatan (bouncer) dan pekerja bar gara-gara tidak dibenarkan menggunakan tandas.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/02/2572391.jpg

Keluarga Hailey turut mendapat perhatian media.

Menurut laporan polis bahagian Savannah, kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kakak kepada isteri penyanyi Justin Bieber itu cuba untuk menggunakan tandas pekerja tetapi kakitangan di bar tersebut meminta dia untuk ke tandas awam.

Dakwa pekerja bar tersebut, Alaia enggan menerima arahan dan bertindak ganas menarik rambut salah seorang pengawal keselamatan.

Tidak hanya itu, Alaia membuat laporan polis dan menipu memaklumkan dia diarah keluar daripada bar tersebut tanpa sebarang alasan.

Pun begitu, Hailey masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal yang berlaku kepada kakaknya itu.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/03/kakak-hailey-bieber-lempar-pad-ke-arah-pengawal-keselamatan-berang-dihalang-guna-tandas-pekerja

I.K.A888990 Publish time 3-3-2024 04:06 PM

hanatnya perangai

Yoonggi Publish time 5-3-2024 02:17 PM

mabuk ke masa tu?

Beribear Publish time 6-3-2024 10:58 AM

Lagi cantik dari si hailey tapi dayang perangai buruk. Sama lah mcm perangai adik dia

Ahriman Publish time 6-3-2024 08:40 PM

Keluarga baldwin entitled much.drpd pakcik sampai ke anak sedara perangai haramjadah.
Pages: [1]
View full version: Kakak Hailey Bieber lempar pad ke arah pengawal keselamatan, berang dihalang guna tandas pekerja


ADVERTISEMENT