mattzzx Publish time 3-3-2024 11:30 AM

Dividen KWSP 5.4% dan 5.5%

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh3divid_1709435514.jpg
Dividen KWSP 5.4% dan 5.5% bagi tahun 2023. - Grafik BH

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023.

Ia lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah.

Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini.

Dividen tertinggi yang pernah dibayar oleh KWSP ialah 8.5 peratus pada 1986, manakala dividen terendahnya ialah 5.2 peratus, dibayar pada 2020.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/epf_6_1709435512.jpg
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023. - Foto fail NSTP

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1218995/dividen-kwsp-54-dan-55
Pages: [1]
View full version: Dividen KWSP 5.4% dan 5.5%


ADVERTISEMENT