mattzzx Publish time 3-3-2024 11:26 AM

'Kek' tunang RM50,000

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/03hmtaran_1709421306.jpg
NUR Izz dan tunangnya, Ruziana menunjukkan wang hantaran yang digubah menjadi bentuk kek pada majlis pertunangan mereka di Sandakan, Sabah.

Kuala Lumpur: Wang hantaran RM50,000 dijadikan gubahan berbentuk kek mencairkan hati netizen yang melihat majlis pertunangan 'mewah' pasangan sejoli ini.

Menceritakan kisah itu, adik kepada lelaki itu, Naraynawate Otoh, 24, berkata, gubahan itu khusus buat pertunangan abangnya bersama wanita pilihan yang diadakan pada 24 Februari lalu di sebuah rumah di Batu Putih, Sandakan, Sabah.

"Gubahan ini atas permintaan sebelah wanita yang mahu wang ini digubah menyerupai kek.

"Abang, Nur Izz Abdullah, 25, dan tunangnya, Ruziana Mohammad, 26, akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini," katanya.



Menurutnya, abangnya yang bekerja di China sudah lama bercinta dengan Ruziana yang mempunyai perniagaan bundle.

"Sebenarnya pihak perempuan hanya meminta RM20,000 saja wang hantaran, tetapi abang saya yang memutuskan untuk memberi RM50,000 sebagai hadiah kerana susah senang bersama.

"Tunang abang banyak membantu dari segi kewangan ketika abang masih belajar untuk mendapatkan lesen offshore.

"Jadi hal itu tidak patut menjadi pertikaian netizen kerana abang memang mampu daripada segi kewangan untuk wang hantaran setinggi itu," katanya.

Menceritakan gubahan itu, Naraynawate mengambil masa sehari untuk menyiapkan gubahan itu bersama tiga rakannya.

"Tidak sukar kerana saya menggunakan pelindung wang dan ia tidak merosakkan wang itu," katanya.

Dia juga tidak menyangka video gubahan itu tular di media sosial hingga dikongsi ribuan orang dan mendapat 1.5 juta tontonan.
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/03/1066238/kek-tunang-rm50000
Pages: [1]
View full version: 'Kek' tunang RM50,000


ADVERTISEMENT