mattzzx Publish time 3-3-2024 11:09 AM

Spurs bangkit atasi Palace

https://assets.bharian.com.my/images/articles/soanfkajwj4rgd_1709431859.jpg
Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min (kiri) menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AFP

LONDON: Tottenham semakin kerap melakukan kebangkitan lewat permainan di laman sendiri dan skuad kendalian Ange Postecoglou mengulanginya dengan menewaskan Palace 3-1.

Sepakan percuma Eberechi Eze meletakkan The Eagles di hadapan pada minit ke-60, namun Timo Werner kembali menyamakan kedudukan buat Spurs.

Cristian Romero kemudian meletakkan Spurs di depan sebelum Son Heung-min memastikan tiga mata dan kekalahan pertama buat pengendali baharu Palace, Oliver Glasner.

"Kegigihan, kualiti dan keyakinan. Reaksi pemain-pemain sangat menakjubkan," kata Postecoglou.



Spurs kekal lima mata di belakang penghuni tangga keempat, Aston Villa yang memerlukan jaringan lewat permainan Lucas Digne untuk menewaskan Luton 3-2.

Ollie Watkins meledak dua kali untuk Villa dalam tempoh 38 minit pertama dan melebarkan jaringannya kepada 21 gol musim ini.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/diganedgjw4nh3_1709431862.jpg
Pemain Aston Villa, Lucas Digne menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Luton Town di Kenilworth Road, Luton. - Foto REUTERS

Newcastle mengekalkan misi Eropah mereka dengan kemenangan pertama di laman sendiri sejak tiga bulan lalu dan melonjak ke tangga kelapan liga.

The Magpies menewaskan Wolves 3-0 hasil jaringan Alexander Isak, Anthony Gordon dan Tino Livramento.

Brighton terus tercicir daripada kelayakan Eropah apabila tewas 3-0 di Fulham.

Everton kekal dalam persaingan di zon penyingkiran walaupun hukuman pemotongan 10 matanya dikurangkan kepada enam minggu ini.

West Ham bangkit merakam kemenangan 3-1 di Goodison Park untuk naik ke tangga ketujuh. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1218977/spurs-bangkit-atasi-palace
Pages: [1]
View full version: Spurs bangkit atasi Palace


ADVERTISEMENT