mattzzx Publish time 3-3-2024 11:04 AM

Pochettino sedar tak disayangi penyokong Chelsea

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/poc322_1709423961.jpg
MAURICIO Pochettino (dua kiri) bertemu dengan pemainnya selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS

London: Mauricio Pochettino mengakui berasa tidak disayangi di Chelsea selepas penyokong yang kecewa menggesa untuk beliau dipecat ketika seri 2-2 di Brentford, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pochettino mendahului menerusi tandukan Nicolas Jackson, tetapi rembatan jarak dekat Mads Roerslev pada separuh masa kedua menyamakan kedudukan untuk Brentford.

Tidak lama selepas Yoane Wissa meletakkan Brentford di hadapan menerusi sepakan menakjubkan, penyokong Chelsea yang memenuhi satu sudut di stadium mula melaungkan kata-kata meminta Pochettino dipecat dan menyanyikan nama bekas pengurus Blues, Jose Mourinho.

Axel Disasi menjaringkan gol penyamaan lewat permainan untuk menyelamatkan Chelsea daripada satu lagi kekalahan memalukan pada musim pertama yang bermasalah untuk Pochettino.



Tetapi ia bukan hari yang menyeronokkan untuk bekas pengurus Tottenham dan Paris Saint-Germain (PSG) pada hari lahirnya yang ke-52.

Ditanya sama ada dia ada mendengar ejekan penyokong Chelsea, Pochettino berkata: "Saya diberitahu dan sejujurnya saya tidak mendengarnya. Sukar untuk saya memahaminya.

"Tetapi ia adalah perkara biasa, kami ketinggalan 1-2 pada perlawanan itu dan mereka meluahkan kekecewaan mereka. Saya salah seorang yang bertanggungjawab, saya jurulatih.

"Saya pernah ditanya sebelum ini adakah merasai kasih sayang daripada penyokong? Tidak."

Pochettino gagal untuk melonjakkan semula prestasi Chelsea selepas tiba untuk menyelesaikan masalah yang ditinggalkan pengendali terdahulu, Graham Potter dan Thomas Tuchel.

Chelsea sudah membelanjakan lebih £1 bilion (RM6 bilion) untuk membeli pemain sejak konsortium Todd Boehly membeli kelab London barat itu daripada Roman Abramovich pada 2022.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066242/pochettino-sedar-tak-disayangi-penyokong-chelsea
Pages: [1]
View full version: Pochettino sedar tak disayangi penyokong Chelsea


ADVERTISEMENT