mattzzx Publish time 2-3-2024 03:21 PM

Pan-gon pupuk persaingan sihat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/harimaupangon11_1709361856.jpg
PAN-gon memanggil 33 pemain termasuk sebahagian skuad bawah 23 tahun negara. FOTO AGENSI

Kuala Lumpur: Tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil 33 pemain termasuk sebahagian daripada skuad bawah 23 tahun (B-23) adalah satu keputusan tepat bagi membantu skuad senior meningkatkan prestasi mereka untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 22 dan 26 Mac depan.

Dengan Liga Malaysia masih bercuti dan sukar untuk melakukan perlawanan persahabatan, mahu atau tidak pemain yang dipanggil itu nanti perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali kecergasan mereka.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, disebabkan itu kehadiran pemain B-23 akan memberi tekanan positif buat barisan pemain senior untuk berusaha memastikan tempat mereka tidak dirampas oleh pemain lain.

"Pemain B-23 ini seperti pelajar yang baik kita gabungkan dengan pelajar yang bagus, maka dia akan jadi pelajar cemerlang. Jadi pemain muda apabila kita gandingkan dengan senior, mereka akan jadi cemerlang dan memberi saingan sihat kepada pemain senior.



"Sudah tentu persediaan mereka bersama skuad senior kebangsaan akan membuatkan mereka lebih bagus dan bersedia untuk pertandingan B-23 nanti (Piala Asia B-23 Qatar). Apabila pemain muda ini kembali ke pasukan B-23, pemain lain pula akan berusaha bersaing dengan mereka untuk memastikan tidak ketinggalan jauh dan ini sesuatu yang bagus buat pasukan.

"Jurulatih B-23 (Juan Torres Garrido) selepas ini akan dapat pemain yang sudah bersedia untuk beraksi di pertandingan kompetitif. Ia kerana apabila dapat berlatih bersama skuad senior, mereka akan berada pada tahap lebih bersedia untuk dipersiapkan bagi menghadapi perlawanan," katanya.

Harimau Malaya yang berada di ranking ke-132 dunia ketika ini, sedang memimpin Kumpulan D mendahului dua pasukan ranking lebih tinggi, Oman (74) dan dan Kyrgyzstan (98) yang berkongsi tiga mata, manakala Taiwan (154) di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Selain itu, pemain senior juga tidak boleh rasa selesa kerana jika pemain muda mampu memberikan serta menunjukkan kesungguhan di dalam latihan, kemungkinan besar pemain skuad B-23 akan menjadi pilihan selepas ini.

Tambah Azlan, biarpun pemain B-23 hanya seketika atau hampir seminggu mereka berlatih di bawah kendalian Pan-goon, ia dianggap peluang terbaik buat pemain B-23 berguru dengan jurulatih daripada Korea Selatan itu serta pemain senior.

Bagaimanapun, sebahagian daripada 33 pemain itu akan melapor diri lewat iaitu pada 15 Mac dan sejurus selepas kehadiran mereka, beberapa pemain B-23 akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kendalian Garrido.

Melihat senarai yang diumumkan semalam, 11 pemain B-23 dipanggil untuk menjalani latihan bersama Harimau Malaya namum ada di antara mereka sudah pernah bersama skuad senior sebelum ini.

Skuad B-23 negara akan menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 bulan April ini dan pasukan bimbingan Garrido itu diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Terdahulu Arena Metro melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengatur sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan bagi memastikan skuad Harimau Malaya bangkit daripada tidur.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066041/pan-gon-pupuk-persaingan-sihat
Pages: [1]
View full version: Pan-gon pupuk persaingan sihat


ADVERTISEMENT