mattzzx Publish time 2-3-2024 03:18 PM

KKM nasihat kurangkan aktiviti luar elak strok haba

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj49982073_1709360061.jpg
PENGUNJUNG menggunakan payung pada waktu petang akibat cuaca panas ketika tinjauan di Lebuh Armenian, Georgetown, semalam. FOTO Mikail Ong

Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama bagi mengelak risiko diserang strok haba.

Ini termasuk termasuk warga sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan minggu hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, KKM juga menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian sesuai di luar berikutan cuaca panas ketika ini.

"Jika perlu berada di luar, mereka dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai supaya tidak terdedah dengan cuaca yang panas ketika ini," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Suite Derma Darah St John Ambulans Malaysia di sini, hari ini, yang dirasmikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Muhammad Radzi berkata, golongan warga emas dan kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik adalah golongan yang berisiko jika terdedah berterusan kepada matahari terutama pada waktu tengahari dan petang.

"Banyakkan minum air kerana kekurangan hidrasi boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada seseorang," katanya.

Beliau berkata, pemakaian yang sesuai juga penting untuk mengurangkan risiko strok haba dikalangan golongan yang berisiko tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1066031/kkm-nasihat-kurangkan-aktiviti-luar-elak-strok-haba
Pages: [1]
View full version: KKM nasihat kurangkan aktiviti luar elak strok haba


ADVERTISEMENT