mattzzx Publish time 2-3-2024 02:41 PM

Al-Hilal terlalu kuat buat Al-Ittihad

https://assets.bharian.com.my/images/articles/isaslhjilaslal4_1709360965.jpg
Pemain Al-Hilal, Saleh Al-Sheri (kiri) meraikan jaringan bersama Salem Al-Dawsari ketika aksi Liga Pro Saudi menentang Al-Ittihad di Kingdom Arena, Riyadh. - Foto REUTERS

RIYADH: Cristiano Ronaldo menyaksikan Al-Nassr diikat 4-4 oleh Al-Hazm dari tempat duduk penonton, manakala Neymar menyaksikan pasukannya Al-Hilal bangkit menewaskan Al-Ittihad 3-1.

Jaringan Saleh Al-Shehri, Malcom, dan Saud Abdulhamid meletakkan Al-Hilal semakin selesa bagi memburu gelaran ke-19 Liga Pro Saudi.

Juara 18 kali itu kini mendahului liga dengan kelebihan sembilan mata ke atas Al-Nassr selepas memenangi 25 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, dan 15 kali dalam liga.

Juara bertahan, Al-Ittihad yang beraksi tanpa penyerang bintang Karim Benzema, bermula baik dan mendahului permainan pada minit ke-12 menerusi N'Golo Kante - gol pertamanya dalam tempoh enam bulan.



Al-Hilal mula menemui rentak di pertengahan babak pertama dan menyamakan kedudukan menerusi Al-Shehri, enam minit sebelum rehat.

Di babak kedua, Sergej Milinkovic-Savic membuat hantaran sempurna untuk Malcom menanduk masuk gol kedua Al-Hilal pada minit ke-59.

Lapan minit kemudian, Abdulhamid memastikan kemenangan buat Al-Hilal, juga hasil hantaran Milinkovic-Savic.

Al-Ittihad kekal di tangga kelima - 25 mata di belakang pendahulu itu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1218752/al-hilal-terlalu-kuat-buat-al-ittihad
Pages: [1]
View full version: Al-Hilal terlalu kuat buat Al-Ittihad


ADVERTISEMENT