mattzzx Publish time 2-3-2024 02:17 PM

Potter pilihan Ratcliffe ganti Ten Hag

https://assets.bharian.com.my/images/articles/powseodigjwijy35y_1709358789.jpg
Bekas pengendali Chelsea dan Brighton, Graham Potter menjadi pilihan untuk mengisi kerusi panas Manchester United. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Pertemuan pengarah sukan baharu Manchester United, Dan Ashworth dengan Graham Potter menimbulkan persoalan tentang masa depan pengendalinya, Erik ten Hag.

Bekas pengendali Chelsea, Potter adalah pilihan Jim Ratcliffe dan pembantunya, David Brailsford untuk menjadi bos di Old Trafford jika mereka memecat Ten Hag.

Ashworth dan Potter pernah bekerjasama di Brighton dan difahamkan kedua-duanya berjumpa hujung minggu lalu.

Disember lalu Potter menjadi calon pengganti Ten Hag selepas Ratcliffe bertemu dengan pengendali 48 tahun itu.



Potter, dipecat oleh Chelsea pada April hanya selepas enam bulan dilantik, menolak beberapa tawaran bagi menanti kelab paling sesuai untuk dirinya.

Ratcliffe cukup meminati bekas bos Brighton itu dan pernah cuba mendapatkannya untuk membimbing kelab Perancis, Nice.

Pemilik baharu United itu secara terang-terangan tidak menyatakan sokongan terhadap Ten Hag apabila mula menemuduga calon-calon pengendali minggu lalu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1218738/potter-pilihan-ratcliffe-ganti-ten-hag
Pages: [1]
View full version: Potter pilihan Ratcliffe ganti Ten Hag


ADVERTISEMENT