mattzzx Publish time 2-3-2024 02:15 PM

Presiden FIFA tolak cadangan kad biru

https://assets.bharian.com.my/images/articles/infangjq4nqw4_1709359613.jpg
Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata dia akan memberikan kad merah kepada kad biru. - Foto AFP

LONDON: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata dia akan memberikan kad merah kepada kad biru - tetapi hukuman 'sin-bin' akan diuji.

Cadangan kad ketiga untuk kesalahan sin-bin (penggantungan seketika) untuk kesalahan ringan mencetus kontroversi dalam dunia bola sepak.

Penggubal peraturan di Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) kemudian menarik balik rancangan awal mereka untuk memperkenalkan kad biru berkenaan.

"Jika anda mahukan tajuk utama, ia adalah kad merah untuk kad biru. Tidak sama sekali. Tidak akan ada kad biru di peringkat elit.

"Topik ini tidak wujud untuk kami. FIFA menentang sepenuhnya kad biru. Kita perlu mempertahankan tradisi sukan ini," kata Infantino. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1218744/presiden-fifa-tolak-cadangan-kad-biru
Pages: [1]
View full version: Presiden FIFA tolak cadangan kad biru


ADVERTISEMENT