mattzzx Publish time 2-3-2024 12:48 PM

Mark Feehily berdepan masalah kesihatan, terpaksa undur diri daripada konsert Westlife

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F02%2F29%2F2568469.jpg
Mark (kanan) tidak dapat meneruskan persembahan bersama Westlife.

PENYANYI Mark Feehily memaklumkan pengunduran dirinya daripada mengikuti siri jelajah The Wild Dreams bersama kumpulan Westlife kerana masalah kesihatan.

Mark atau Mark Michael Patrick Feehily, 44, berkata, dia memerlukan masa untuk tempoh pemulihan selepas menjalani beberapa pembedahan sebelum ini.

"Pembedahan yang dilakukan sebelum ini berjalan lancar tetapi saya harus memberi keutamaan untuk menjaga diri sepanjang tempoh pemulihan.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/29/2568488.jpg

Mark mahu memberi fokus untuk proses pemulihan kesihatannya.

"Dengan rasa kesal saya harus berundur sementara dari Westlife untuk pulih sepenuhnya," katanya.

Mark berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Westlife ini turut memberikan semangat buat rakan ahli yang lain termasuk Shane, Kian dan Nicky untuk meneruskan konsert siri jelajah mereka.


Mark turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat membuat persembahan bersama namun berhasrat untuk bertemu peminat selepas kesihatannya semakin baik.

"Saya akan sentiasa memberikan sokongan dan semangat setiap kali anda (Westlife) melakukan persembahan pentas.

"Saya sangat kecewa kerana tidak dapat bersama-sama Westlife tetapi saya harap dapat berjumpa lagi dengan peminat pada masa akan datang," ujarnya.

Pada Ogos 2020, Mark menjalani sebuah pembedahan dan susulan daripada itu dia mengalami sepsis berpunca daripada tindak balas imun yang tercetus akibat jangkitan.

Mark sekali lagi diuji pada akhir tahun 2021 selepas didiagnos mempunyai penyakit radang paru-paru atau pneumonia.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/29/2568470.jpg

Dari kiri: Brian, Shane, Kian dan Mark sebagai anggota kumpulan Westlife.

Tidak hanya itu, penyanyi berkenaan kemudiannya menderita penyakit hernia yang perlu dirawat secara pembedahan.

Westlife kini sedang mengadakan konsert siri jelajah The Wild Dreams bermula sejak tahun lalu di beberapa buah negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Ini bermakna Mark tidak dapat menyertai baki siri jelajah itu yang akan diadakan di Newcastle, Sheffield, Liverpool, Birmingham, Bournemouth, London, Brighton, Nottingham, Cardiff, Belfast dan Dublin.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/01/mark-feehily-berdepan-masalah-kesihatan-terpaksa-undur-diri-daripada-konsert-westlife

Gianna111 Publish time 3-3-2024 10:34 AM

sayang kamu ni mark. genetic bagis elok.tapi sayang mengegay pula. jangkitan sebab apa tu mark?jgn sebab kerana mengegay udah lah yer.

dari saya crush kamu dari kecik dulu dulu...sayang kamu mark!

I.K.A888990 Publish time 3-3-2024 04:29 PM

dah tak boleh cam pulak muka dia haha

bebulu Publish time 3-3-2024 10:06 PM

Kertu dah masing2.

Ahriman Publish time 4-3-2024 07:30 PM

Edited by Ahriman at 4-3-2024 07:31 PM

Ni yang gayah kan.iols paling minat dia la.Shane nombor 2.;P
Yng blonde 3 orng tu boleh ketepi.:lol:

anony-mous Publish time 12-3-2024 09:44 AM

Ahriman replied at 4-3-2024 07:30 PM
Ni yang gayah kan.iols paling minat dia la.Shane nombor 2.
Yng blonde 3 orng tu boleh ketepi. ...

Mark gayah tp x ada tentangan masuk malaysia sbb dia xde la over sgt tnjuk kegayahan. Xpon pakcik2 yg bising2 gay xkenal westlife, lagu english xpernah pandai. Tau coldplay je sbb hype :lol:

fido_dido Publish time 12-3-2024 11:45 AM

banyak pulak penyakit pokcik ni..adakah kerana aktiviti gayah heols? tp suara dia sedap

nfaaa Publish time 13-3-2024 11:31 AM

iol mmg crush habis kat Mark ni masa zaman kegemilangan Westlife. masa baru tau and dia reveal dia tu gay frust gila rasa! makin menjadi2 muka nak tunjuk ke-gay-ah-an beliau yer

sarah_ary2 Publish time 13-3-2024 06:12 PM

Heols dulu for me paling hensem aiols kechiwa sebab tau dia gay masa tau,tue masa masih stadi kat sekolah menengah :lol:
Pages: [1]
View full version: Mark Feehily berdepan masalah kesihatan, terpaksa undur diri daripada konsert Westlife


ADVERTISEMENT