mattzzx Publish time 2-3-2024 12:46 PM

Jennie tak tahu masak nasi, konon nak tunjuk skil sekali jadi bubur

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F02%2F29%2F2569218.jpg
Jennie memasak nasi dalam keadaan huru hara.

KEMUNCULAN penyanyi Jennie Blackpink menerusi program realiti Apartment 404 sememangnya menjadi perhatian penonton.

Menerusi salah satu babak di dalam rancangan tersebut, Jennie menawarkan diri memasak nasi untuk dihidangkan buat semua pelakon rancangan berkenaan.

Ketika dalam keadaan huru-hara, gelagat Jennie membasuh beras dengan cara memerah beras itu menjadi perhatian tetamu program.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/29/2569217.jpg

Jennie terkejut melihat nasi yang ditanaknya menjadi bubur.

Malah salah seorang tetamu iaitu Lee Jae Seok juga menegur Jennie kerana terlalu hairan dengan cara dia membasuh beras.

Selepas bekerja keras, Jennie terkejut apabila nasi dimasaknya itu menjadi bubur.

Dia juga memaklumkan nasi tersebut tidak boleh dimakan selain enggan memperlihatkan ia kepada orang ramai.


"Tak boleh guna... tak menjadi," katanya.

Perkara itu menjadi bualan ramai yang rata-rata mendakwa penyanyi berkenaan tidak pandai memasak nasi selain terhibur dengan keyakinannya ditunjukkan.

"Apa dia cuba buat itu? Kenapa perah beras... Itu bukan santan.

"Jennie tak tahu masak nasi... Sekarang semua orang tahu kelemahan dia," antara komen netizen.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/01/kantoi-jennie-tak-tahu-masak-nasi-konon-nak-tunjuk-skil-sekali-jadi-bubur
Pages: [1]
View full version: Jennie tak tahu masak nasi, konon nak tunjuk skil sekali jadi bubur


ADVERTISEMENT