mattzzx Publish time 2-3-2024 11:58 AM

Seludup hidupan liar dilindungi dalam kotak 'buah tangan' dari Malaysia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/02hm04raBURUNG_1709341181.jpg
Burung Sewah Tahu yang ditemui cuba diseludup dengan disorokkan di dalam batang paip PVC.

KUALA LUMPUR: Sumbat burung dalam paip polivinil klorida (PVC) sebelum dimasukkan ke dalam kotak kononnya berisi 'buah tangan' dari Malaysia.

Itu taktik digunakan lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup unggas liar dilindungi melalui Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), tengah hari kelmarin.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan suspek bagaimanapun berjaya dihalang sepasukan pegawainya dibantu polis bantuan KLIA2.

Menurutnya, pegawainya menjalankan pemeriksaan bagasi milik suspek yang mencurigakan.



"Hasil pemeriksaan lanjut pada kotak dibawa menemui tiga burung sewah tahu yang disembunyikan di dalam tiga batang paip PVC.

"Susulan itu seorang lelaki warga Indonesia berusia 50-an ditahan untuk soal siasat. Suspek kemudian ditahan reman dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 .

Pada 22 Februari lalu, seorang lelaki tempatan turut ditahan ketika cuba menyeludup tiga kura-kura spesies Sulcata berasal dari Afrika Utara melalui KLIA.

Suspek berusia 50-an ditahan selepas disyaki cuba menyeludup tiga kura-kura yang disembunyikan di dalam tiga kotak berasingan.

Berdasarkan maklumat kura-kura Sulcata adalah kura-kura ketiga terbesar di dunia. Haiwan ini berasal dari pinggir gurun di Afrika dan mampu hidup sehingga 100 tahun.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1218636/seludup-hidupan-liar-dilindungi-dalam-kotak-buah-tangan-dari
Pages: [1]
View full version: Seludup hidupan liar dilindungi dalam kotak 'buah tangan' dari Malaysia


ADVERTISEMENT