mattzzx Publish time 2-3-2024 11:34 AM

City tanpa Grealish jumpa United

https://assets.bharian.com.my/images/articles/JackGrealish1324_1709304132.jpg
Jack Grealish terpaksa dikeluarkan pada babak pertama menentang Luton Town pada aksi Piala FA Selasa lalu. – Foto REUTERS

MANCHESTER, England: Manchester City tidak dapat menurunkan Jack Grealish bagi aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United hujung minggu ini, kata pengurus Pep Guardiola malam ini.

Grealish tidak beraksi dalam tiga aksi terakhir liga City selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang FC Copenhagen dalam Liga Juara-Juara dan pemain tengah itu cedera pada babak pertama selepas bermula dalam kesebelasan utama berdepan Luton Town dalam Piala FA Selasa lalu.

"Tidak, dia tidak akan cergas bagi hujung minggu ini. Bila dia akan kembali saya tidak tahu," kata Guardiola pada sidang akhbar.

"Tamparan dan kekecewaan sentiasa ada dalam kehidupan, dia akan mengatasinya."



Guardiola tidak menjangkakan Grealish untuk kembali sebelum rehat tugasan antarabangsa hujung bulan ini, apabila England bermain dua aksi persahabatan menentang Brazil dan Belgium.

"Tidak, saya tidak fikir begitu. Dia perlu pulih sepenuhnya untuk menggunakannya sekerap mungkin," katanya.

"Saya tidak bercakap dengan Gareth Southgate."

City kini berdepan beberapa perlawanan sukar dalam minggu-minggu akan datang, selepas United Ahad ini mereka bertemu pencabar kejuaraan Liverpool dan Arsenal dalam liga, di samping aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen pertengahan minggu depan.

City di tangga kedua liga, satu mata di belakang Liverpool dan satu mata di depan Arsenal, manakala United di tangga keenam, 15 mata di belakang City. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1218589/city-tanpa-grealish-jumpa-united
Pages: [1]
View full version: City tanpa Grealish jumpa United


ADVERTISEMENT