mattzzx Publish time 2-3-2024 11:33 AM

Diaz cergas Liverpool temu Forest

https://assets.bharian.com.my/images/articles/LuisDiaz1324_1709308587.jpg
Jurgen Klopp lega kerana Luis Diaz boleh diturunkan semula menentang Nottingham Forest malam esok. – Foto REUTERS

LIVERPOOL, England: Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz cergas manakala Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai mungkin juga kembali bagi kunjungan ke Nottingham Forest malam esok tetapi Mohamed Salah tidak akan kembali sehingga minggu depan, kata pengurus Jurgen Klopp.

Klopp dibelenggu dengan krisis kecederaan dalam beberapa minggu kebelakangan yang menyaksikan beberapa pemain tonggak berehat dan memaksanya untuk mengalih tumpuan kepada pemain akademi kelab itu.

Diogo Jota, Trent Alexander-Arnold, penjaga gol Alisson, Curtis Jones, Salah, Nunez dan Szoboszlai semua terlepas aksi final Piala Liga Ahad lalu ketika menang ke atas Chelsea.

Diaz kemudian tidak diturunkan ketika menang aksi Piala FA ke atas Southampton Rabu lalu, namun sihat untuk bertemu Forest - di samping pemain tengah Alexis Mac Allister, yang kurang sihat.


"(Diaz) Bagus begitu juga Macca (Alexis Mac Allister) bagus," kata Klopp kepada wartawan malam ini.

"Darwin dan Dom berlatih semalam bersama pasukan jadi kami akan lihat bagaimana mereka bertindak balas," jelas pengurus Liverpool itu.

Salah tidak beraksi buat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sejak kunjungan mereka ke Brentford pada 17 Februari lalu apabila dia kembali beraksi selepas mengalami kecederaan pada Piala Negara-Negara Afrika, namun dia boleh dipertimbangkan bagi aksi menentang pencabar kejuaraan Manchester City.

"Saya tidak fikir Mo (Salah) masih jauh. Dia tidak akan bermain esok... Saya fikir minggu depan, bila-bila masa sahaja dia boleh kembali beraksi." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1218603/diaz-cergas-liverpool-temu-forest
Pages: [1]
View full version: Diaz cergas Liverpool temu Forest


ADVERTISEMENT