mattzzx Publish time 2-3-2024 11:26 AM

Arab Saudi calon tunggal bida Piala Dunia 2034

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pialaduniamessi11_1709338678.jpg
BINTANG Argentina, Lionel Messi menyentuh trofi Piala Dunia selepas Argentina muncul juara dunia di Qatar dua tahun lalu dengan menewaskan Perancis pada pentas final. FOTO EPA

Riyadh: Arab Saudi secara rasmi mengemukakan tawaran untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, hampir empat bulan selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan negara itu calon tunggal setakat ini.

Bidaan itu dibuat dua tahun selepas negara jiran, Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia kali pertama di Timur Tengah.

Kempen bidaan itu menggunakan slogan 'Berkembang. Bersama-sama' dengan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mendedahkan logo bidaan, laman web, serta filem pendek yang memperlihatkan semangat dan kepelbagaian bola sepak di Arab Saudi.

"Kempen ini menggambarkan harapan dan impian 32 juta orang di Arab Saudi," kata ketua unit bidaan SAFF, Hammad Albalawi, dalam satu kenyataan.


"Tanggungjawab kami adalah untuk melakukan bidaan sebaik mungkin kepada Fifa, membanggakan negara kami dan memenuhi amanah yang diberikan kepada kami oleh lebih daripada 130 ahli persatuan di seluruh dunia yang menyokong bidaan kami," katanya lagi.

Di bawah agenda pembaharuan Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang bertujuan meletakkan Arab Saudi sebagai hab pelancongan, perniagaan dan sukan, kerajaan itu sudah melakukan pelaburan yang banyak dalam sukan.

Pada Rabu lalu, Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi mengumumkan 'perkongsian strategik selama beberapa tahun' dengan ATP, badan induk sukan tenis lelaki.

Sejak 2021, PIF sudah melakukan banyak perubahan dalam beberapa sukan utama, termasuk menubuhkan Jelajah Golf LIV iaitu pesaing kepada PGA, dan membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Empat kelab dalam Liga Pro Saudi pula sudah berjaya memikat pemain berstatus bintang termasuk Cristiano Ronaldo dan Neymar dengan gaji besar.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1065946/arab-saudi-calon-tunggal-bida-piala-dunia-2034
Pages: [1]
View full version: Arab Saudi calon tunggal bida Piala Dunia 2034


ADVERTISEMENT