Mary_jane Publish time 2-3-2024 11:28 AM

AWAS Elak Litar Pintas, Pengguna Perlu Tahu 4 Jenis Wayar ‘Extension’ Ini Beza Fungsinya!

Edited by Mary_jane at 2-3-2024 11:27 AM

https://media.siraplimau.com/2024/03/89-canva-91.jpg
Ambil tahu jenis extension wire di rumah, ada yang tak sesuai dengan alat elektrik yang digunakan.
Hari ini saya kongsi tentang peralatan wayar penyambung atau adaptor, untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.
Ingat, jangan sesekali beli barangan elektik yang murah jika ia tidak diuji, tidak diluluskan dan tidak mengikut ISO.
1. Penyambung wayar (extension wire)
https://media.siraplimau.com/2024/03/89-canva-86.jpg
Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.
Ia tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, ketuhar, microwave dan water heater.
Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya bila digunakan untuk mengelakkan rintangan (resister) aliran elektrik akan tersekat.
Tanpa berbuat demikian bil elektrik akan melambung, lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas (shock circuit).
Jika guna vacuum cleaner atau water jet cleaner pastikan wayarnya ditarik habis, jika tidak alat mudah panas dan rosak.
2. Plug tiga pin (3 pin adaptor)
https://media.siraplimau.com/2024/03/89-canva-87.jpg
Alat ini juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara.
Tidak sesuai untuk televisyen, radio, komputer, peti sejuk lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.
3. Powercube
https://media.siraplimau.com/2024/03/89-canva-89.jpg

Boleh digunakan untuk komputer, televisyen dan laptop.
Jangan guna untuk microwave, peti sejuk dan ketuhar kerana bahaya.
Peralatan yang menggunakan banyak tenaga elektrik, disarankan untuk terus sambung pada soket utama di rumah.
4. Extension plug
https://media.siraplimau.com/2024/03/89-canva-88.jpg
Disyorkan dan paling bagus untuk kegunaan televisyen, DVD dan komputer.
Namun, pastikan ada kelulusan SIRIM atau ISO.

ardent91 Publish time 9-4-2024 07:05 PM

nak tanya, korg pernah beli kipas, lampu atau paper barangan eletrik online x? contoh cam dari shopee, lazada... kalo pernah korg mmg check x brg2 yg korg beli tu ada cap sirim x?
Pages: [1]
View full version: AWAS Elak Litar Pintas, Pengguna Perlu Tahu 4 Jenis Wayar ‘Extension’ Ini Beza Fungsinya!


ADVERTISEMENT