mattzzx Publish time 2-3-2024 11:19 AM

Lorenzo ramal Bagnaia kekal juara dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bagnaia102_1709344757.jpg
BAGNAIA ketika sesi latihan pra musim di Litar Losail dekat Doha. FOTO AFP

Madrid: Juara MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo memberikan pandangannya mengenai siapa yang akan mengungguli musim 2024.

Sudah pasti Francesco Bagnaia adalah pelumba yang menjadi pilihan ramai untuk memenangi takhta juara dunia tahun ini.

Lorenzo bagaimanapun memilih tiga pelumba yang dilihat berpeluang memenangi gelaran itu namun pada masa sama dia tetapi melihat Bagnaia sebagai pelumba yang sukar untuk ditewaskan.

"Saya rasa Bagnaia adalah pelumba seperti robot, sama seperti saya. Dia memerlukan segala-galanya berjalan dengan sempurna dan dia pasti tidak dapat ditewaskan.



"Saya rasa dua gelaran dunia yang dimenanginya membuatkan dia lebih percaya kepada dirinya. Keyakinannya kini sangat tinggi.

"Dia mengenali jentera dengan sempurna kerana sudah lima tahun bersama jentera yang sama. Dia melakukan evolusi dalam dua tahun terakhir bersama Ducati.

"Ducati mendapatkan maklumat daripadanya untuk membangunkan motosikal dengan gaya tunggangannya dan ini sangat penting," kata Lorenzo kepada MotoGP.com.

Jelas Lorenzo, Jorge Martin serta Marc Marquez juga mempunyai peluang untuk merebut kejuaraan kerana kedua-duanya dilihat mempunyai keinginan yang tinggi.

"Tetapi saya tetap percaya Bagnaia adalah pilihan untuk muncul juara dunia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/03/1065962/lorenzo-ramal-bagnaia-kekal-juara-dunia
Pages: [1]
View full version: Lorenzo ramal Bagnaia kekal juara dunia


ADVERTISEMENT