sfhzuraz Publish time 1-3-2024 10:58 PM

Lahirkan anak luar nikah, penuntut universiti buat laporan palsu

Lahirkan anak luar nikah, penuntut universiti buat laporan palsu

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR
01 Mac 2024 07:47pm






https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/01/2557927.jpg
Gambar hiasan



KEMAMAN - Seorang penuntut sebuah universiti awam di Terengganu sanggup membuat laporan palsu demi menyembunyikan perbuatannya melahirkan anak luar nikah diketahui keluarga.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penuntut perempuan yang berusia 22 tahun itu ditahan kerana membuat laporan palsu berhubung kelahiran bayinya pada awal pagi Jumaat.


Hanyan berkata, kejadian tersebut terbongkar selepas suspek datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di daerah ini dengan ditemani kakaknya kira-kira jam 2 pagi tadi kerana mengalami pendarahan.
Bagaimanapun katanya, doktor yang merawat suspek itu berasa curiga dengan maklumat diberikan, telah bertindak membuat laporan polis.


"Suspek melahirkan bayi di tandas kediaman keluarganya di Paka, Dungun pada awal pagi tadi.
"Jadi kakaknya yang menyedari kejadian tersebut bertindak membawa suspek ke klinik kesihatan di daerah lain.
"Ini kerana bimbang diketahui ibu bapa mereka yang juga pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Hanyan menyatakan hasil siasatan polis berjaya menemui bayi itu yang dibalut dengan kain putih dan disembunyikan di belakang rumah.



Beliau menambah, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Suspek mengaku mula melakukan hubungan terlarang di rumah sewa teman lelakinya pada April tahun lepas," ujarnya.



Dalam pada itu, Hanyan berkata, suspek dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala mayat bayi juga dibawa ke unit forensik hospital sama untuk siasatan.
Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Lahirkan anak luar nikah, penuntut universiti buat laporan palsu - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Lahirkan anak luar nikah, penuntut universiti buat laporan palsu


ADVERTISEMENT