sfhzuraz Publish time 1-3-2024 08:11 PM

Perlis sasar 10 emas SUKMA Sarawak 2024

Perlis sasar 10 emas SUKMA Sarawak 2024


Oleh Aizat Sharif - Mac 1, 2024 @ 7:12pmbhsukan@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/PerlisSukma1324_1709291521.jpg
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama atlet negeri itu pada majlis penghargaan 2023 di Kangar semalam. – Foto NSTP/Aizat Sharif



KANGAR: Perlis menyasarkan 10 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada Ogos depan.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri melihat sasaran berkenaan realistik berdasarkan pencapaian semasa atlet negeri itu yang tampil pada kejohanan peringkat kebangsaan sebelum ini.
"Secara peribadinya saya mahukan 11 emas untuk dibawa pulang namun kita (kerajaan negeri) meletakkan sasaran sekitar 10 emas yang mana prospek emas itu dapat dilihat menerusi sukan seperti silat, taekwondo, berbasikal, petanque dan boling padang.
"Pada masa sama trek di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar sudah pun siap dan dijangka dapat digunakan oleh atlet olahraga negeri ini dalam masa terdekat sebagai persiapan menghadapi SUKMA," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan atlet negeri Perlis tahun 2023 dan pelancaran Road To SUKMA dan Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024 di Dewan Warisan, di sini semalam.
Katanya, selain daripada acara itu, mereka melihat sukan golf juga sebagai acara yang berpotensi untuk menghadirkan pingat buat negeri Indera Kayangan itu.
"Yang saya nampak sukan golf memang mampu untuk sumbang pingat, tapi warna apa kita belum tahu.
"Saya harapkan atlet dapat memecah rekod dan bersemangat bagi mengharumkan nama negeri ini pada temasya berkenaan," katanya.
Kontinjen Perlis akan disertai seramai 555 terdiri daripada 374 atlet, 29 pengurus, 83 pegawai dan 67 urus setia dan mereka akan menyertai 29 jenis sukan.
Pada edisi SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Perlis mendapat tempat ke-13 daripada 15 pasukan dengan meraih enam pingat emas, tujuh perak dan 10 gangsa.
Perlis sasar 10 emas SUKMA Sarawak 2024 (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Perlis sasar 10 emas SUKMA Sarawak 2024


ADVERTISEMENT