adelea Publish time 3-3-2024 11:42 PM

Tang mana yg liberalll
Yg bangang je ckp liberal

Cerita ni nak suruh suami isteri appreciate each other … suruh pompuan jangan malu malu nak bersiap utk suami … and suami nak isteri nya siap … berbelanja laa utk isteri …

Citer ni byk message …
Tontonlaaa dgn mata hati yg lapang

isbritneybich Publish time 4-3-2024 01:00 AM

tak tengok lagi cerita ni tapi tengok pelakonnya dah boleh agak cerita macam mana

Ahgerbitch Publish time 4-3-2024 09:10 AM

Sbb benang ni laa i g tingok movie tu…cerita ni so2 santai2 and lawak..tkde benda pun yg forbidden….tp acah2 A lister yg bikin spoilt movie ni…overacting…choiii

nanasno Publish time 4-3-2024 11:08 AM

iols melekek je tengok cite ni. sam mmg best blakon. anak sam azura tu bukan ke budak yang berlakon mentega terbang tu? cite ni santai la. mmg cerita yang taboo sikit untuk masyarakat melayu. nak bising2 cerita ni pun yang telur untuk firdaus tu lagi la abang nak sayang tak malam ni dialog dia. boleh plak disukai ramai tayang kat public tv pulak

chinchan78 Publish time 4-3-2024 01:31 PM

nanasno replied at 4-3-2024 11:08 AM
iols melekek je tengok cite ni. sam mmg best blakon. anak sam azura tu bukan ke budak yang berlakon...

Kann... pandai sam carry watak salihin.. menjadi sungguh.. :D
Ank sam azura tu mmg pelakon mentega terbang.. sheols ada juga berlakon tele suatukala yg cite bawang merah bawang putih dgn sweet qistina.. time tuh kecik lg dia

kakakgarang Publish time 5-3-2024 09:33 AM

ok je iolls tgk cerita ni.. lagi teruk cerita tibi3suku..hahhahahaha

kakakgarang Publish time 5-3-2024 09:35 AM

adelea replied at 3-3-2024 11:42 PM
Tang mana yg liberalll
Yg bangang je ckp liberal



kann,, iolls sokong ni, tak nmpk liberal pun

yg meLABEL cerita ni liberal sebenarnya tak fhm apa itu liberal.. hmmm



elnor_81 Publish time 5-3-2024 09:37 AM

Aku dh tgk. Xde la liberal mne pun. Mmg btul ad org tua yg acah2 alim. Penunggang agama. Ok je cte ni...

cmf_shya Publish time 5-3-2024 12:14 PM

ok ja cerita nie..mana yg liberalnya..stkat kisah jual baju dalam..tgk santai2..wlpun rsa xlogik..ada lg ke org kampung cmtue..

aina_shaira Publish time 5-3-2024 12:16 PM

adelea replied at 3-3-2024 11:42 PM
Tang mana yg liberalll
Yg bangang je ckp liberal



Kannn pemikiran dan minda forumers je yang tak terbuka

Lulu_717 Publish time 5-3-2024 12:55 PM

nak tengok cite ni tengok bdua laki bini je lah..jangan jadikan cerita seisi keluarga pulak. Ni ko bukak depan anak2 kecik pastu terus liberal

becir Publish time 5-3-2024 01:12 PM

Sam ni suai ceta2 indie, nampak talent dia. La luna, white stripes, and movie by azlina sentap ke apa ntah

beta_carotene Publish time 5-3-2024 02:29 PM

dua_chzy replied at 3-3-2024 07:26 PM
Lagu satu symbolism dan ironi dalam filem ni;

Surau ngan La Luna tu dua2 (secara tak lansung) jad ...

meols gelihati tgk saripah amani pakai vest "MASUK TANDAS LELAKI" sambil cabut rumput tepi jalan
pls realisasikan hukuman kerja komuniti camni pleaseeee hahaha

annehuda Publish time 5-3-2024 02:32 PM

maap la tapi bagi aku citer ni premis die pun dah tak logik. jual coli ala-ala victoria's secret kat makcik kampung? korang cer tanya makcik2 korang kt kampung tu diorang nak ke bazir duit beli coli renda-renda ni dahle sejenis tak boleh sumbat masuk mesin basuh mcm tu je.tang mcm ni korang bleh plak terima walaupun tak logik

Zeatyisaac Publish time 5-3-2024 07:25 PM

People's judgement based on their background. Islamic view, tengok gunung ganang, berkata cantiknya ciptaan Allah, art view berkata, cantik kalau diabadikan sebagai lukisan, agriculture view pulak kata bagus untuk bina poultry. So, how you perceive your view based on your background, no harm on that. Just how you persuade others to see it from your point of view, something to ponder.

habisnamadahni Publish time 5-3-2024 09:49 PM

chinchan78 replied at 2-3-2024 04:26 PM
Scene tumbuk sambal, scene balairaya bg aku lebih kpd lawak.. x naik nafsu syahwat pun nengoknya.. a ...

betul ..suara budak tu sedap betul..lantang dan sedap walaupun nmpk mcm try hard..tp aku suka..pelakon baru ke

chinchan78 Publish time 5-3-2024 11:38 PM

habisnamadahni replied at 5-3-2024 09:49 PM
betul ..suara budak tu sedap betul..lantang dan sedap walaupun nmpk mcm try hard..tp aku suka..pel ...

Sblm ni dia pernah berlakon cite mentega terbang.. ada scene dia dgn tok hassan tu intonasi sebijik mcm pembaca berita ;P
Dulu ms layan mentega terbang memang perasan suara budak ni sedap sgt..

habisnamadahni Publish time 6-3-2024 12:58 AM

nanasno replied at 4-3-2024 11:08 AM
iols melekek je tengok cite ni. sam mmg best blakon. anak sam azura tu bukan ke budak yang berlakon...

aku lagu suka cerita ni dari melur utk telur tu

habisnamadahni Publish time 6-3-2024 12:58 AM

chinchan78 replied at 5-3-2024 11:38 PM
Sblm ni dia pernah berlakon cite mentega terbang.. ada scene dia dgn tok hassan tu intonasi sebiji ...

mentega terbang tu tgk kat mana

Dolmat Publish time 6-3-2024 01:05 AM

Edited by Dolmat at 6-3-2024 01:08 AM

Aku sukaaaa tengok criter La Luna semua pelakon yg hebat2! Berkali2 tengok di Netflix. Best!

Yang bersarbannnn wakerakkkkk pun perangai HAUKKKKKK.


{:gif_thumb:}

Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Filem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Dah Minta Pandangan Ustaz Di Makkah – ‘Saya Tidak Ketepikan Agama’


ADVERTISEMENT