CARI-HBZ Publish time 1-3-2024 07:29 PM

Zara Zya, Hafreez Adam Akhirnya Bertemu Dan Berbual Selepas 5 Tahun Putus Tunang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/01/192853aeyqg50dyggfw0kz.png



LIMA tahun tidak bersua muka, pelakon Zara Zya mengakui terkejut apabila bekas tunangnya, Hafreez Adam menyapanya pada majlis pelancaran program Ramadan Astro, semalam.


Menurut pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, itu, sebelum inidia dan Hafreez langsung tidak pernah bertemu dalam mana-mana acara selepas ikatan pertunangan mereka terlerai pada 2019.


Sejak putus tunang, kami tak pernah langsung berjumpa dalam mana-mana program. Bukan mengelak tetapi memang acara yang kami hadiri adalah berbeza.


“Namun, hari ini (semalam) buat pertama kalinya kami bertemu di acara ini. Selepas bergambar beramai-ramai, dia ada bertemu saya, bertanya khabar dan itu sahaja, terkejut jugalah,” katanya kepada HibGlam.


Dia yang popular menerusi drama Pia menegaskan hubungannya dengan Hafreez hanyalah atas dasar profesionalisme dan tidak pernah menyimpan dendam antara satu sama lain sejak putus tunang.


Kami profesional dan tiada isu antara satu sama lain.


“Benda yang lepas biarkan berlalu. Kami berpisah pun bukan kerana isu besar tetapi masing-masing ada jalan sendiri,” ujarnya.


https://www.instagram.com/p/C39bLjGxJ7W/


Dalam masa sama, diatidak menolak sekiranya ada tawaran lakonan yang memerlukan dia dan Hafreez bergandingan.


Bagi saya, tiada masalah bekerjasama dengan Hafreez kalau semua itu dilakukan atas dasar kerja.


“Sebelum ini ada juga tawaran untuk kami bekerjasama dalam drama tetapi tak dapat buat sebab kekangan masa,” katanya lagi.


Terdahulu, dua pelakon itu mula rapat sejak membintangi drama Mona Lisa sekitar 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019.


Namun, sebulan kemudian Hafreez mengesahkan hubungannya dengan Zara sudah berakhir pada November 2019 tanpa mengulas lanjut apa sebenarnya yang berlaku antara mereka




Sumber – HIBGLAM

Bukankualilekuk Publish time 1-3-2024 08:19 PM

Boring sbb sending dia ni

Bukankualilekuk Publish time 1-3-2024 08:19 PM

Eh sending lak. SENDU

sukanyanyi Publish time 1-3-2024 08:27 PM

Bukankualilekuk replied at 1-3-2024 08:19 PM
Eh sending lak. SENDU

Once upon a time dulu mmg meletoptoptop kan, zaman mr arrogant.. iols nampak dia kat bazar ramadan pon ramai kerumun amik gambo. Skrg nampak dah ilang daya tarikan. Tp rezeki dia blakon mcm still banyak

I.K.A888990 Publish time 1-3-2024 08:28 PM

uish baru tau depa pernah bertunang haha
lps ni boleh la berlakon bersama balik kannnn

TheRedLady Publish time 1-3-2024 09:36 PM

I.K.A888990 replied at 1-3-2024 08:28 PM
uish baru tau depa pernah bertunang haha
lps ni boleh la berlakon bersama balik kannnn

Macam tak akan berlakon bersama je.. laki tu putuskan tunang dengan ZZ beberapa hari je lepas bertunang.. kot kot tak tau pulak ZZ hadap balik kat dia pasni

hanihan16 Publish time 1-3-2024 09:44 PM

TheRedLady replied at 1-3-2024 09:36 PM
Macam tak akan berlakon bersama je.. laki tu putuskan tunang dengan ZZ beberapa hari je lepas bert ...

seriuslah mintak putus lepas beberapa hari? selalunya bbrpa hari lepas bertunang ni fasa mini honeymoon, tgh extra sweet2

TheRedLady Publish time 1-3-2024 09:57 PM

hanihan16 replied at 1-3-2024 09:44 PM
seriuslah mintak putus lepas beberapa hari? selalunya bbrpa hari lepas bertunang ni fasa mini hone ...

Betul.. chuols check lah news2 lama.. bertebaran kisah dua orang ni

babynina30 Publish time 1-3-2024 10:11 PM

Lepas sebulan tunang kan ?
Tp sheols nmpk kertu sgt now. Dh 39yo

menjad Publish time 1-3-2024 10:14 PM

Ngan alha tuhhhh ada apa² ker atau just tuk content:o

isbritneybich Publish time 1-3-2024 10:43 PM

"Menurut pemilik nama penuh ..."

cringe gila baca org tulis camni

wallflower Publish time 1-3-2024 11:01 PM

isbritneybich replied at 1-3-2024 10:43 PM
"Menurut pemilik nama penuh ..."

cringe gila baca org tulis camni

Takpon "menurut pelantun kaulah mawarku ini"..

Kangkung1M Publish time 1-3-2024 11:14 PM

menjad replied at 1-3-2024 10:14 AM
Ngan alha tuhhhh ada apa² ker atau just tuk content

Untuk konten je, macam dia dengan Soeb dulu.

7142047780272409883

tulip-rain Publish time 1-3-2024 11:28 PM

Gambar si hafrez yg kat atas tu mcm dia pakai baju kurung pulak.

leftrani_kel Publish time 2-3-2024 04:06 PM

Nampak sgt muka Zara zya x selesa masa interview tu..

Pak.dolla Publish time 2-3-2024 04:16 PM

Edited by Pak.dolla at 2-3-2024 08:17 AM

.
.
.
zz ni baik ogrnya....wpun pernah betunang dgn mamat ni dan putus, dia takda pun ajak rakan retis, mua, pemenat, krew, reputz ajak memboikot atau ajak mengutuk ex tunang mcm si anu yg rajin buat tiktak pakai telekong ajak fans mencerca ex bf....dh nk masuk 10 thn masih dendam....semoga retis mangkom ayun tu jd andalusia...x pun berjodohan dgn buah nenas

isbritneybich Publish time 2-3-2024 10:35 PM

bukan roGayah ke;P

telracs Publish time 3-3-2024 03:13 PM

Edited by telracs at 24-3-2024 12:31 AM

Pak.dolla replied at 2-3-2024 08:16 AM
.
.
.


Dah boleh hafal dialog pak dolla.
{:smileo

jihah_kudat Publish time 3-3-2024 03:16 PM

TheRedLady replied at 1-3-2024 01:36 PM
Macam tak akan berlakon bersama je.. laki tu putuskan tunang dengan ZZ beberapa hari je lepas bert ...

oh si laki ke yang mintak putus..ingat zz..kalo tak silap aku patut dia org kawen terus kan tapi sebab ayah si apiz ni meninggal maka buat majlis bertunang je..sebab baju zz tunang dah macam baju kawen..;P

rosannazmia Publish time 3-3-2024 06:20 PM

isbritneybich replied at 1-3-2024 10:43 PM
"Menurut pemilik nama penuh ..."

cringe gila baca org tulis camni

Kalu 20 tauun dulu ayat repurt ponen selalu tulis “gadis kacukan jawa dan banjar ini..”;P selalu sgt kan kaver certa model2 or pelakon2 yg meningkat naik jenis kacukan omputih malay last2 yg jawa pon di bantainye tulis jugak;P adeehhh.. xde model dah nak tulis gamoknya, very the annoying sgt acik baca waktu tu:lol:
Pages: [1] 2
View full version: Zara Zya, Hafreez Adam Akhirnya Bertemu Dan Berbual Selepas 5 Tahun Putus Tunang


ADVERTISEMENT