CARI-HBZ Publish time 1-3-2024 07:25 PM

Saya Takkan Merayu Pada Malique, Saya Tidak Hubungi Dia Sebab Tahu Tiada Guna Pun – Joe Flizzow

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/01/192353b0fyhawazuhdsxqq.jpeg






“Mengapa saya perlu merayu kepadanya (Malique) untuk buat dokumentari ini.”


Demikian respons penyanyi Joe Flizzow mengenai persiapan menghasilkan dokumentari autobiografinya berjudul This Is Johan yang tidak memerlukan kerjasama Malique selaku rakan duonya dalam kumpulan Too Phat suatu ketika dahulu.


Kata Joe atau nama lengkapnya Johan Ishak, 45, tindakan tidak mencari Malique menghilangkan diri sebelum ini dilakukan demi menghormati keputusannya untuk bergerak solo yang selesa berada di belakang tabir.


“Saya tidak hubungi dia (Malique) sebab tahu tiada guna pun kalau saya cari, jawapannya tetap sama.


“Ramai lagi orang hubungi dia untuk meminta bermacam-macam perkara. Saya hormati keputusannya enggan lagi berada dalam Too Phat, jadi mengapa saya perlu tidak menghormati dia dengan merayu melakukan dokumentari ini.


“Lagipun, ini bukan cerita dia walaupun dia sebahagian daripada itu. Ini kisah saya,” kata Joe kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar dokumentari autobiografi This Is Johan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/01/192502rfza6kvopag7iatf.png





Ditanya sekiranya pemilik nama sebenar Malik Ibrahim itu menonton dokumentari terbabit, Joe yang juga dikenali sebagai Mr. President berharap tiada sebarang kontroversi tercetus kerana dia sahaja masih membuatkan nama Too Phat terus relevan.


“Saya harap awak gembira. Sejujurnya, siapa yang masih menghidupkan nama Too Phat? Hanya seorang iaitu saya.


“Saya tidak nampak alasan untuk marah terhadap perkara ini. Sekurang-kurangnya saya masih memikirkan mengenai Too Phat.


“Malah, saya tidak nampak orang lain boleh melakukan perkara sama,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, Too Phat ditubuhkan oleh Joe dan Malique pada 1998 sehingga terkenal di peringkat antarabangsa khususnya rantau Asia.


Bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah apabila mereka memilih membawa haluan masing-masing dengan meneruskan kerjaya solo pada tahun 2007.




Sumber -KOSMO! ONLINE

noorazurams Publish time 1-3-2024 07:33 PM

Awal sangat masuk ;P

rayna_raynes Publish time 1-3-2024 07:36 PM

Ditanya sekiranya pemilik nama sebenar Malik Ibrahim itu menonton dokumentari terbabit, Joe yang juga dikenali sebagai Mr. President berharap tiada sebarang kontroversi tercetus kerana dia sahaja masih membuatkan nama Too Phat terus relevan.

Sejak bila pulak nama dia Malik Ibrahim. Siapa la reporter bodoh ni

shernazz Publish time 1-3-2024 07:38 PM

rayna_raynes replied at 1-3-2024 07:36 PM
Sejak bila pulak nama dia Malik Ibrahim. Siapa la reporter bodoh ni

Iols rasa dia google Ni ..
Kat wiki
Hahahaha
Padahal nama.malique lain sungguh kot
Hahaja

bintangct Publish time 1-3-2024 08:58 PM

tak abes2 pasal isu malik ni
xde forumer yg boleh pecahkan rahsia ke selain drp isu dia kena hentam ngn bini dia dulu tu

j3m4h Publish time 1-3-2024 10:53 PM

Tapi bg iols malique lagi best dr segi lyric and maksud..less poyo and rap dia sedap dengar…in future tak tau la kalo both of them tu akan kuar single too phat … dj T bone bukan part of too phat ke?

Maz_Jeffri Publish time 2-3-2024 01:00 AM

Kalau aku nk compare Malique & Joe dlm grup, rasanya Malique lg berbekas dlm ingatan

rayna_raynes Publish time 2-3-2024 02:52 AM

Maz_Jeffri replied at 2-3-2024 01:00 AM
Kalau aku nk compare Malique & Joe dlm grup, rasanya Malique lg berbekas dlm ingatan

Kalau lirik BM, Malique power
Kalau lirik English, Joe lg sedap


leftrani_kel Publish time 2-3-2024 06:59 AM

Nape Malik ni merajuk sgt?

ezacbee Publish time 2-3-2024 07:31 AM

Senang copy nama kat wiki Malik Ibrahim. Wartawan bbnu ni.

{:smileo

Cairel Adrin Ibrahim

SpyLeman Publish time 2-3-2024 07:53 AM

Suatu ketika dulu aku pernah seharian menggugel cerita disebalik tabir perpecahan Too Phat dan rajukan si malique ni. Ape cer sebenarnya? Sayanglaaa...dua2 ada bakat tersendiri. Blh pegi jauh

cm_vungtau Publish time 2-3-2024 08:19 AM

Bukan ke nama dia Aldrin ke haper. Nama omputih sikit

zuriey Publish time 2-3-2024 09:58 AM

Dia pun dah meluat nak jawab org asyik tanya pasak malik

makneng Publish time 2-3-2024 10:01 AM

Ok je dia move on…lantak lah malik nak buat apa pun

cm_vungtau Publish time 2-3-2024 10:06 AM

Siapa pulak yang nak tengok dokumentari dia ni masalahnya

pichee Publish time 2-3-2024 10:30 AM

btl la die ckp tu.. buat apa nk merayu2 kt malik.. i pn jd fed up org dok2 tnye benda yg sama

Cikgu_Azie87 Publish time 2-3-2024 12:37 PM

Jep dan joe.. Dua2 tpksa mnjwb bg isu ex kwn yg mcm gini.. Letih diorg..

cikX87 Publish time 2-3-2024 01:17 PM

Edited by cikX87 at 2-3-2024 01:18 PM

cairelll lah nama diaaa. apo malikkk? :$

cmf_blanco Publish time 2-3-2024 02:06 PM

Nama betul malique: Cairel Adrin Ibrahim la.. celah mana pulak datangnya Malik, itu stage name aje.. mesti malique ketawa mengekek baca wartawan tulis nama dia salah..

Kalau tak silap, aku pernah terbaca kat komen di YouTube, punca mereka tak sepahaman ni sebab ada yg tikam belakang gitu la..ampun yer kalau salah, aku rasa dalam porem ni ada juga circle yg rapat dgn Malique, kalau sudi tolong
clarify la benda ni..

Aku sebagai peminat Too Phat dah tak berharap pun yg dorang akan colab semula sebab Malique dah bagi hint yg dia tak nak ada kaitan dgn dunia mereka sebelum ni.. lirik 'dulu-dulu dah habis' selalu Malique guna dalam lagu dia..mereka dah berpecah ikut haluan masing-masing, DJ T-Bone pun dah gerak solo kalau tak silap tapi dia masih jadi jemputan utk event..aku ada follow TikTok DJ T-Bone..

Bagi aku Malique adalah master dalam penulisan lirik, terutamanya sekarang lirik BM dia. Kalau aku dapat samakan Malique macam Eminem.. Kalau Joe dia rapping BI boleh la, ada slang-slang
gangster sikit..macam belah NY, ala Jay-Z gitu.. biar la dorang gerak asing-asing..

she Publish time 4-3-2024 11:20 AM

Malique buat hal sendiri dengan studio Qarma

Ye tahu wartawan tanya
Tapi dari dulu defensive aje jawabnye si Joe ni
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Saya Takkan Merayu Pada Malique, Saya Tidak Hubungi Dia Sebab Tahu Tiada Guna Pun – Joe Flizzow


ADVERTISEMENT