sfhzuraz Publish time 1-3-2024 05:27 PM

Cuaca panas di Pokok Sena, jemur baju cepat kering

Cuaca panas di Pokok Sena, jemur baju cepat kering


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 1, 2024 @ 5:10pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/jemuran_1709284199.jpg
Shuhaida Yusof menjemur pakaian ketika cuaca panas terik di kawasan rumahnya dan kering tidak sampai satu jam. NSTP/Zuliaty Zulkiffli



POKOK SENA: "Jemur baju tak sampai satu jam pun dah kering sebab cuaca terlalu panas," kata penduduk, Shuhaida Yusof, 38.
Shuhaida berkata, cuaca panas terik yang melanda daerah ini sehingga mencecah hampir 40 darjah Celsius menyebabkan bahang panas dirasai sehingga dalam rumah.
Katanya, setiap hari dia menyiapkan kerja rumah termasuk menjemur pakaian di ampaian dan menyiram pokok bunga ketika cuaca panas terik.
"Memang Pokok Sena panas sejak tiga hari lalu hinggakan mandi pun empat kali sehari sebab panas.
"Bahang panas mula dirasai kira-kira jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang. Saya serta dua anak lebih selesa duduk di dalam rumah dan mengurangkan pergerakan di luar," katanya ketika ditemui di Taman Angsana, di sini, hari ini.
Shuhaida yang juga peniaga berkata, penggunaan elektrik juga terutama kipas angin dan alat pendingin hawa agak banyak bulan ini disebabkan cuaca panas yang melanda waktu ini.
Sementara itu, peniaga air balang, Nur Shalina Mohd Shariff, 28, berkata cuaca panas terik juga memberi rezeki kepadanya apabila semua air balang yang dijualnya habis dalam tempoh dua jam.
Katanya, dia yang memulakan perniagaan bermula jam 11.30 pagi akan menambah stok air balang apabila nampak berkurangan.
"Cuaca panas terik kali ini agak luar biasa sehinggakan air balang yang saya jual pun habis selepas empat jam walaupun dua kali menambah stok minuman.
"Saya yang berniaga di tepi jalan pun minum air dengan banyak kerana kerap dahaga," katanya.
Media semalam melaporkan, kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.50 petang semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Cuaca panas di Pokok Sena, jemur baju cepat kering (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Cuaca panas di Pokok Sena, jemur baju cepat kering


ADVERTISEMENT