sfhzuraz Publish time 1-3-2024 03:37 PM

Lelaki warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan

Lelaki warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 1, 2024 @ 3:22pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/Polis_Gari_1709277771.jpg



SUNGAI PETANI: Lelaki warga emas yang ditahan polis semalam kerana disyaki melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang anggota polis cawangan khas (SB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, maut di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, semalam, direman enam hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata suspek yang berusia 65 tahun itu ditahan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani bermula hari ini sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Suspek ditahan jam 2 petang semalam ketika hadir ke Balai Polis Sik untuk menyerah diri.
Media semalam melaporkan, polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota SB IPK Kedah yang terkena tembakan di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, di sini, awal pagi semalam.
Anggota SB berkenaan maut dipercayai terkena tembakan ketika melaksanakan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik.
Mangsa adalah koperal polis berusia 39 tahun dari Bahagian Anti Pengganas (E8) yang menyertai pemantauan terbabit pada 27 Februari lalu.
Lelaki warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Lelaki warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan


ADVERTISEMENT