CARI-HBZ Publish time 1-3-2024 11:02 AM

'Unfollow' Sharnaaz, Amelia Christie Tak Pernah Sekat Sesiapa! - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka Dan 'Move On'"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/01/110158idtaldhwqwqo2n0b.png





"Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja."


Demikian kata pelakon Amelia Christie Lim mengenai status hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad selepas pelakon itu memberitahu dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.


Gosip itu mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.


Amelia ketika dihubungi Harian Metro menegaskan, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial.


"Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah 'unfollow' dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.


"Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan 'move on'. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.


"Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus," katanya.


https://www.instagram.com/p/Cw48JrKyBdA/


Menurut Amelia, alasan utama dia tampil memberikan penjelasan bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa apatah lagi bermusuh dengan mana-mana individu.


"Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar.Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.


"Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.


"Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang bolehmenggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif," katanya.


Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.


Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.


Selain bercuti, Amelia juga dikatakan beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekali gus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.


Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.


Sumber : Harian Metro

BoongaKertas Publish time 1-3-2024 11:58 AM

mcm lawo plak budak ni sbnrnye. sbg geng dizeb better, ok pls move on cari jerung k. xyahlah mamat jambang tu.

twins Publish time 1-3-2024 12:07 PM

Amelia ni lawo.. muda.. anytime boleh dapat yg jauh lbh berdarjat, berpangkat & kaya... tak payah la tunggu mamu tu...biar la dia dengan janda dia tu.menggunakan anak untuk terus rapat mesra ngan janda dia...yg sebenarnya tak move on...tu jerrrr...

samshik Publish time 1-3-2024 12:28 PM

Ahkak yakin ank ko lagi omey dr jebat k

jihyomelly Publish time 1-3-2024 12:31 PM

muda lagi cari la yg kaya2 jadi mcm. tin tan hidup tai tai relax berkuda bagai…mamu anak antoo penang tu tak payah la asyik kena ikut angin dia je

Cleocatra Publish time 1-3-2024 12:35 PM

Move on termasuk la jauh la diri dari budak lidah terjelir tu. Esok ada anak sendiri, kasih la bebenor

QueenIsolde Publish time 1-3-2024 12:36 PM

twins replied at 1-3-2024 12:07 PM
Amelia ni lawo.. muda.. anytime boleh dapat yg jauh lbh berdarjat, berpangkat & kaya... tak payah la ...

Amelia ni sgtla marhaen mukanya klu jumpa f2f. Muka yg tak buatkan uols toleh 2 kali. Tp pity her, cari org baru. Mamat jambang ni obviously takleh move on dr ex binik ala2 jantan heols.

Cleocatra Publish time 1-3-2024 12:37 PM

Ada hikmah kejadian ni. Ame dikenali ramai. Ramai nak kolab bisnes nanti. Orang cantik pulak

epuepy Publish time 1-3-2024 01:11 PM

Jahat la nanas ni. Ko dh bwk anak org smpi Jepun, pastu tak nak ngaku. Dh la sabut nyok!

Fly_over Publish time 1-3-2024 01:31 PM

dia muslim ke non? nama mcm non tp ayat2 dia mcm muslim.

Fly_over Publish time 1-3-2024 01:33 PM

kire sabut nyoq la yg remove/block melia dr socmed. ckp berdegar2 mcm gengster tapiiii :shutup:;P

Heydidle Publish time 1-3-2024 01:35 PM

“Contract” dah habis, full payment dh dpt hihi


Kesian pd yg percaya bolat2 drama diorang ni

Mary_jane Publish time 1-3-2024 01:49 PM

Kenapa mamu tak nak declare, kemain jauh dah bercuti sama.

kucingitam Publish time 1-3-2024 01:50 PM

elok la tu..kalau kau jd dgn mamu, kau kena hadap sskjp sepanjang hidup kau..

chandrahusin Publish time 1-3-2024 02:18 PM

Lawa mcm ni lari je lah dr lelaki berbulu tu

LadyCarefree Publish time 1-3-2024 03:09 PM

Ramai lagi lelaki yg mencari...piz midon, wak doyok, haze poyo, jijang rajak, hans ijak, bang nuajen .....

Noraniza_Iblis Publish time 1-3-2024 03:28 PM

iolss speku...
die pn bkn nk sgt mamu...sekadar nk menaikkn name shehuols dlm industri...
sbb kalau x whoareyusss sgt sheols ni...

HoneyManjer Publish time 1-3-2024 04:26 PM

ko carik lain la dik
aku da jumpe sanaz ni depan2...
what i can say is...
better takpayah!
move on carik lain
u diserb bedder!

eqah87 Publish time 1-3-2024 04:36 PM

muka biasa je tpi tu lah mudah sgt cari lah se level umur.nanaz tu guna kau utk mengisi lapang je.boring2 baru nak cari.yg kau bukan main sampai syg cium peluk jebat nam ambik hati shanaz.kesian.geli pulak aku nengok nye.

sukanyanyi Publish time 1-3-2024 04:53 PM

epuepy replied at 1-3-2024 01:11 PM
Jahat la nanas ni. Ko dh bwk anak org smpi Jepun, pastu tak nak ngaku. Dh la sabut nyok!

tak ngaku tu yg paling ouch. dia ingat bila tak ngaku tu boleh cover malu bila tak jadi...padahal boleh buat ex-gf rasa kecik ati n diperkecikkan kepentingannya. ego, ego, ego...aku benci
Pages: [1] 2 3 4
View full version: 'Unfollow' Sharnaaz, Amelia Christie Tak Pernah Sekat Sesiapa! - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka Dan 'Move On'"


ADVERTISEMENT