mattzzx Publish time 29-2-2024 05:29 PM

2 sepupu laku amang seksual dipenjara, sebat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mahkamah_court_1709198549.jpg
GAMBAR hiasan

Kuala Terengganu: Dua sepupu masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga tahun serta sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan perempuan mereka.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Ahmad Faiz Imran Mohd Narizan, 23, dan Zakir Anuar Abdul Majid, 28, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh pertama didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun lima bulan di sebuah garaj kereta dan di dalam sebuah kereta.

Tertuduh kedua pula didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah garaj kereta.



Kesemua kesalahan itu dilakukan dua tertuduh di daerah Marang pada 13 Januari 2022

Tertuduh pertama dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama serta penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan.

Sementara itu, tertuduh kedua pula dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan dengan hukuman penjara juga bermula daripada tarikh sabitan.

Selain itu, mereka turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 AKSTKK2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Hazrin Alif Wahab.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065538/2-sepupu-laku-amang-seksual-dipenjara-sebat
Pages: [1]
View full version: 2 sepupu laku amang seksual dipenjara, sebat


ADVERTISEMENT