mattzzx Publish time 29-2-2024 05:04 PM

Pasangan kembar seiras tidak sabar jadi 'dewasa'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/suanataman1_1709196581.jpg
MUHAMMAD Adam dam Muhammad Eiman di Program Berkhatan Sunathon Yayasan Raja Shamri (YRS) di Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan. FOTO Syaherah Mustafa

Rantau Panjang: Gelagat pasangan kembar seiras yang saling memberi semangat antara satu sama lain untuk berkhatan menarik perhatian orang ramai dalam Program Berkhatan Sunathon Yayasan Raja Shamri (YRS) di Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, di sini, hari ini.

Mereka, Muhammad Adam Haikal Muhammadroso dan Muhammad Eiman Haikal Muhammadroso, 8, sentiasa bersama di sepanjang program termasuk ketika dimandikan menggunakan pancutan air daripada pihak bomba.

Ibu mereka, Zawiah Azmi, 33 berkata sejak beberapa hari lalu mereka sering bertanya bila majlis berkhatan akan diadakan kerana tidak sabar untuk melaluinya dan menjadi 'dewasa'.

"Mereka berdua tahu proses ini mungkin menyakitkan namun tetap berani untuk melakukannya. Malah saya ketawa sendirian apabila mendengar mereka saling berbisik memberi kata semangat.



"Ini pengalaman pertama menjaga anak berpantang dan mungkin sedikit cabaran kerana menjaga dua sekaligus. Mujur ada program begini boleh anak jalani proses bersunat dengan percuma kerana jika ke klinik, saya perlu sedia wang lebih RM100 seorang untuk mereka berkhatan.

"Kalau tiada program sebegini anak mungkin tidak dapat berkhatan lagi kerana saya dan suami perlu menyimpan untuk persediaan buka sekolah, Ramadan dan seterusnya Aidilfitri," katanya ketika ditemui di Program Berkhatan Sunathon Yayasan Raja Shamri (YRS) di Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, di sini, hari ini.

Hadir sama pada program berkenaan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal@Jainal Madasin, dan Pengasas YRS , Raja Shamri Raja Husin.

Sementara itu, bagi Nur Muhammad Zamani, 12, dia gembira kerana akhirnya mendapat keberanian untuk bersunat pada tahun ini dan mengakui berasa teruja apabila melakukanya bersama-sama rakan lain.

"Sebenarnya semua kawan-kawan seusia sudah berkhatan kecuali saya kerana terlalu takut tetapi menyedari bahawa saya juga semakin dewasa, hari ini saya beranikan diri untuk melakukannya.

"Selepas ini saya tidak akan dipersendakan lagi kerana masih belum bersunat, seterusnya menjadi akan menjadi 'dewasa'.

"Sebentar tadi, saya lihat beberapa peserta yang lebih muda keluar tanpa menangis, jadi saya juga yakin boleh melaluinya dengan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065524/pasangan-kembar-seiras-tidak-sabar-jadi-dewasa
Pages: [1]
View full version: Pasangan kembar seiras tidak sabar jadi 'dewasa'


ADVERTISEMENT