mattzzx Publish time 29-2-2024 04:48 PM

Remaja perempuan 14 tahun hilang ketika ke padang permainan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOGOEHILANG1_1709194737.jpg
SOFEA Auni Adila yang dilaporkan hilang ketika ke padang permainan di Bandar Aman Jaya,Sungai Petani, Selasa lalu. FOTO Ihsan keluarga

Alor Setar: "Kami sekeluarga risaukan keselamatan Sofea Auni Adilah selepas dia gagal dihubungi sejak petang kelmarin," kata bapa remaja itu, Sofan Feroza Md Yusof, 45.

Menurutnya, anak bongsu dari tiga beradik itu dipercayai hilang ketika ke padang permainan di rumah ibunya di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, jam 7 malam kelmarin.

Katanya, Sofea Auni, 14, sebelum ini tinggal bersamanya tetapi disebabkan cuti persekolahan, anaknya ke rumah ibunya yang baru berpindah ke situ.

"Saya dan bekas isteri sudah lama berpisah dan ketika cuti sekolah, Sofea Auni hendak tinggal bersama ibunya, Hasmawati Derani, 46, sebelum sekolah bermula.



"Dia memberitahu nenek yang dia hendak ke padang permainan di taman perumahan itu namun tidak pulang selepas itu.

"Saya dan ibunya cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali tetapi tidak dijawab malah cuba menghubungi kawan-kawannya namun mereka tidak tahu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sofan Feroza berkata, anaknya berpakaian baju sejuk dan seluar berwarna hitam ketika hari terakhir dia keluar rumah.

Dia berkata, sesiapa yang menemui anaknya boleh menghubunginya di talian 019-5007303.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sungai Petani semalam mengenai kehilangan anak saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065493/remaja-perempuan-14-tahun-hilang-ketika-ke-padang-permainan
Pages: [1]
View full version: Remaja perempuan 14 tahun hilang ketika ke padang permainan


ADVERTISEMENT