mattzzx Publish time 29-2-2024 04:13 PM

Eky, Farid beralih ke pasukan baharu musim 2024/2025



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-02-29_at_11.49.49_1709189995.jpg Shahrel Fikri tidak lagi bersama NSFC musim ini. Ihsan NSFC.





Seremban: Jodoh bekas penyerang utama Negeri Sembilan FC (NSFC), Mohamad Shahrel Fikri Md Fauzi bersama pasukan itu berakhir selepas kontraknya tidak disambung kelab berkenaan bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Selain Shahrel yang lebih mesra dipanggil Eky, turut meninggalkan pasukan itu ialah pemain pertahanan berpengalaman, Muhammad Farid Nezal.
Kelab berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua pemain terbabit tidak lagi bersama Negeri Sembilan untuk musim 2024-2025.
"Terima kasih Eky dan Farid Nezal. Kedua-dua pemain ini tidak akan bersama dengan skuad Negeri Sembilan bagi musim 2024-2025.

"Eky telah menjaringkan lima gol sepanjang beraksi bersama Negeri Sembilan musim lalu," katanya hari ini.


Spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan menjangkakan Eky bakal menyertai pasukan Sri Pahang FC, namun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada kelab terbabit mengenai kedudukan pemain terbabit.

Sementara itu, Farid menyifatkan bukan rezeki baginya untuk terus berada dalam skuad Hobin Jang Hobin bagi musim baharu Liga M.

Pemain berusia 27 tahun itu akui bakal menyertai sebuah pasukan Liga Super, namun enggan mendedahkan pasukan berkenaan kerana proses mendatangani kontrak sedang berjalan.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/02/1065456/eky-farid-beralih-ke-pasukan-baharu-musim-20242025





Pages: [1]
View full version: Eky, Farid beralih ke pasukan baharu musim 2024/2025


ADVERTISEMENT