mattzzx Publish time 29-2-2024 04:09 PM

Sri Pahang sasar tiga terbaik


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-02-29_at_10.45.25_1709188087.jpg
Kuantan: Sri Pahang FC menyasarkan tiga kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim 2024/2025.


Pengurus Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh, berkata sasaran itu berdasarkan gabungan pemain lama dan baharu yang diyakini membentuk skuad yang lebih mantap pada musim baharu.


"Dengan kemasukan beberapa pemain baharu dengan pengalaman yang ada, tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran berkenaan.
"Pada masa sama, Sri Pahang akan turut memberi cabaran dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.



"Saya harap barisan pemain yang dibimbing Fandi Ahmad dapat membentuk persefahaman seperti yang diharapkan, Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC).' katanya.



Setakat ini, Sri Pahang mengumumkan enam pemain baharu, termasuk seorang import iaitu Mykola Ahapov dari Ukraine.
Manakala, lima pemain tempatan baharu yang diumumkan setakat ini ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim dan penjaga gol, Azfar Arif.


Musim lalu, skuad Tok Gajah menamatkan saingan di kedudukan kelima daripada 14 pasukan yang beraksi di Liga Super, lebih baik berbanding musim 2022 di kedudukan ketujuh daripada 12 pasukan.


Berdasarkan pencapaian dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang mara ke suku akhir manakala Piala FA pula mara ke pusingan 16 terakhir.


Pemain Sri Pahang FC sudah memulakan latihan sejak minggu lalu.FOTO Sri Pahang FC

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/02/1065431/sri-pahang-sasar-tiga-terbaik

Pages: [1]
View full version: Sri Pahang sasar tiga terbaik


ADVERTISEMENT