mattzzx Publish time 29-2-2024 04:04 PM

Fenomena El Nino: Rakyat Kelantan dinasihat jimat air

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-02-29_15-19-56_copy_1709191448.jpg
IZANI (kiri) ketika hadir selepas Majlis Pecah Tanah Loji Rawatan Air Bukit Chupak. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Susulan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga Jun atau Julai ini, rakyat negeri ini dinasihatkan berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata, berikutan cuaca panas yang berpanjangan, ia boleh memberi kesan kepada pengurangan paras air di beberapa loji di negeri ini.

"Sepanjang kemarau ini, apa yang kita bimbang adalah paras air atau taraf air akan menurun ke bawah menyebabkan air itu tidak mencukupi.

"Kita di negeri ini banyak menggunakan air untuk pertanian, industri, selain kegunaan rumah. Dalam musim El Nino ini taraf air akan turun dan air paip serta kualiti air jadi berkurangan.



"Jadi kita ambil maklum masalah ini dan kita sampaikan kepada rakyat awal supaya yang paling penting sekali penjimatan air," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Loji Rawatan Air Bukit Chupak, di sini hari ini.

Menurut beliau, rakyat perlu peka dan maklum dengan keadaan semasa dan situasi kini negara dalam fasa El nino.

"Saya harap rakyat boleh berjimat cermat dalam pengguna air, terutamanya di rumah ibadat, surau, sekolah ketika kita berhadapan dengan musim kemarau.

"Selain rakyat negeri ini juga diharap tidak terdedah dengan cuaca panas pada musim kemarau ini" katanya

Awal bulan ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan El Nino dengan intensiti kuat yang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan hingga pertengahan tahun ini.

Justeru, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengadakan mesyuarat bersama pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan persediaan terbaik menghadapi kesan fenomena itu
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065460/fenomena-el-nino-rakyat-kelantan-dinasihat-jimat-air
Pages: [1]
View full version: Fenomena El Nino: Rakyat Kelantan dinasihat jimat air


ADVERTISEMENT