CARI-HBZ Publish time 29-2-2024 01:52 PM

“Tak Tahu Pula Perlis Dah Liberal Sekarang, Oppss” - Kenyataan Pelakon Senior Bernama ‘N’ Cetus Tanda Tanya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/29/135107xbmg498j9bgzbmb7.png





Apa agaknya yang cuba disampaikan pelakon senior, Namron kali ini? Menerusi perkongsiannya di Instagram, Namron menaikkan satu video kedai pakaian dalam yang difahamkan terletak di Perlis.


Perkongsian Namron ini dipercayai ada kaitan dengan kecaman yang diterima filem La Luna yang didakwa membawa agenda liberal. Ustazah Asma’ Harun juga sebelum ini mempersoalkan banyak perkara tentang filem itu yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat beragama Islam.


Disebabkan itu, Namron berseloroh dengan mengatakan Perlis turut menjadi liberal kerana ada kedai pakaian dalam.


"Tak tahu pula Perlis dah liberal sekarang, Oppss. – Tulis Namron."


https://www.instagram.com/p/C3olC_Ki0jY/


Situasi yang digambarkan Namron ini sama seperti apa yang berlaku dalam La Luna apabila sebuah kedai pakaian dalam wanita dibuka di dalam sebuah kampung.


Kredit: Instagram Namron/OhMedia

IzzahF Publish time 29-2-2024 03:55 PM

promote la luna ke tew

shernazz Publish time 29-2-2024 04:12 PM

Dedolu ada.kedai.baju dalam Nama caely girl tak.silap
Letak patung pakai bra set lagi kat pintu...
Hahahaha...tapi Bukan kat.perlis.la..
Skang tak.nampak.dah kedai2 gitu

AkokKocik Publish time 29-2-2024 04:47 PM

Aku pun baru tau klu jual bra pun blh jadi liberal.

nanasno Publish time 29-2-2024 04:56 PM

abestu kalau pergi parkson melambak jual triumph, scarlet, pierre cardin tu kira liberal ka. tak paham

sukacactus Publish time 29-2-2024 05:05 PM

Nyindir setazah le tu :lol:
Namron ok je…kalau takde la luna, dia nganga je tido depan tv;P

matseh Publish time 29-2-2024 05:12 PM

Kalau nak liberal. Bukak booth
"Leave your bra & panties here"
Liberate your life. Be free...

jebatmaspunyer Publish time 29-2-2024 05:13 PM

Cerita La Luna tu aku x puas hati y scene laki bini buat projek kat bilik siaraya surau sampai 1 kampung boleh dengar. Tak menghormati surau sebagai tempat ibadah umum. Aktiviti laki bini aktiviti ibadah peribadi. Perlu ada rasa malu berkelakuan camtu, bukan bangga.

tay22 Publish time 29-2-2024 05:34 PM

jebatmaspunyer replied at 29-2-2024 05:13 PM
Cerita La Luna tu aku x puas hati y scene laki bini buat projek kat bilik siaraya surau sampai 1 kam ...

Baru sembang dgn member psl scene ni. Aku dah tengok movie ni by the way.
To me, scene ni tak perlu pun even pengarah macam try nak buat ni ala2 subtle (even tak berapa digarap dengan subtle).
I mean ala2 subtle was when tunjuk riak wajah warga kampung terkejut and viewer faham2 lah sendiri apa yg org kampung tu dengar.

In short movie ni tak sesuai ditonton bersama keluarga even all dah grown up.
Symbolism yg aku suka, burung dalam sangkar tu dengan Imam Junior yg kena ikut hidung tu.

chinchan78 Publish time 29-2-2024 05:43 PM

Edited by chinchan78 at 29-2-2024 05:45 PM

Storyline, cinematography, acting film ni perfect bg aku.. yg kata ada unsur liberal terpulang.. hak masing2...suka scene yg sam peluk ank dia sambil nangis sbb nk gi dating.. :lol:

heythere123 Publish time 29-2-2024 09:36 PM

tay22 replied at 29-2-2024 05:34 PM
Baru sembang dgn member psl scene ni. Aku dah tengok movie ni by the way.
To me, scene ni tak perl ...

yes, meols setuju pasal komen takleh tengok dengan family. Masih segan gittew.

Tapi tolak scene speaker tu, scene lain semua best. I bukak La Luna ni sekadar pasang sambil lipat kain, tak sangka ter hooked up sampai habis ;P

sharlenetexas Publish time 29-2-2024 09:44 PM

shernazz replied at 29-2-2024 04:12 PM
Dedolu ada.kedai.baju dalam Nama caely girl tak.silap
Letak patung pakai bra set lagi kat pintu...
H ...

Caely bagus juga produknya.


OshinDaSolja Publish time 29-2-2024 09:59 PM

La Luna mmg tak sesuai untuk viewers Malaysia... full stop.

silampumeja Publish time 29-2-2024 10:15 PM

Kalau kita tgk pastu kita suka je movie ni, kita terus jd liberal ke... Tanye ni, belum tgk pun lagi

dua_chzy Publish time 29-2-2024 10:21 PM

Edited by dua_chzy at 29-2-2024 02:23 PM

jebatmaspunyer replied at 29-2-2024 09:13 AM
Cerita La Luna tu aku x puas hati y scene laki bini buat projek kat bilik siaraya surau sampai 1 kam ...

Meka malu pun dalam citer tu? Bukan bangga? Tapi bini2 kehuasan gersang yang mendengar tu tak menahan terus serbu La Luna. :lol: Btw surat tu kan berfungsi sebagai pusat komuniti juga, bukan tempat beribadat semata. Tu yang terlajak main dalam pejabat surau. :lol:

dua_chzy Publish time 29-2-2024 10:26 PM

Edited by dua_chzy at 29-2-2024 02:32 PM

Yang korang pi tengok or terfikir nak tengok dengan keluarga, dah kenapa? Aku tengok sensorang dalam bilik ja, tu pun lepas anak2 dah tidoq. :lol:

Btw ok la filem ni. Aku bagi 7/10 sebab cringe @ tak berapa minat tengok lakonan Sharifah Amani dengan pompuan yang berlakon jadi anak Sam tu.

dua_chzy Publish time 29-2-2024 10:29 PM

Selain 2 pelakon aku sebut di atas, watak2 lain sangat berkesan lakonan iya, termasuklah watak budak lelaki Astroceria yang crush kat anak Sam tu. Terbahak2 la aku ketawa tengok scenes dalam cerita ni, tq director kasik hibur aku.

Btw walaupun pembawaan watak di Amani dan anak Sam tu cringe nak mampus (dah kenapa pelakon yang berlakon watak anak Sam tu macam...Mengingatkan aku dengan lakonan2 Sharifah Amani? Direktor ke yang nak camtu ke camna?), tapi tak tau sapa lagik boleh pegang watak dia tu selain dia. Rasanya Fazura boleh tapi tak mau la tengok dia berlakon dengan Samdawan kekasih lama.

dua_chzy Publish time 29-2-2024 10:34 PM

Edited by dua_chzy at 29-2-2024 02:36 PM

Amani zaman berlakon jadik Orked dulu, sesuai la bawak watak kiut2 feminis independent liberal. Dah kertu ni, macam malas pula nak tengok dia bawak watak lebih kurang sama sokmo on screen.

Or barangkali aku terlalu judgmental dan kena tengok lagik filem ni kali kedua huntok betul2 hayati.

Tapi Sam is surprisingly attractive dalam pilem ni. Har. Mungkin sebab watak polis bodo2 alang yang dia bawak tu.

Orix Publish time 29-2-2024 10:44 PM

chinchan78 replied at 29-2-2024 05:43 PM
Storyline, cinematography, acting film ni perfect bg aku.. yg kata ada unsur liberal terpulang.. hak ...

iols tgok kt wayang cite ni dlu... biasa kalo sharifah amani yg berlakon cite nya best.. sekali mmg best pn... iols suka scene yg anak sam ckap dia amalkan seks bebas :lol:

chinchan78 Publish time 29-2-2024 10:46 PM

dua_chzy replied at 29-2-2024 10:34 PM
Amani zaman berlakon jadik Orked dulu, sesuai la bawak watak kiut2 feminis independent liberal. Dah...

Tp aku sukaAzura.. suara dia sedap n chemistry dia dgn sam sbg bpk n ank tu menjadi.. dia ni pelakon mentega terbang tu kan?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: “Tak Tahu Pula Perlis Dah Liberal Sekarang, Oppss” - Kenyataan Pelakon Senior Bernama ‘N’ Cetus Tanda Tanya


ADVERTISEMENT