mattzzx Publish time 29-2-2024 01:46 PM

Danns seperti sensasi baharu dart

https://assets.bharian.com.my/images/articles/klopp24t2da_1709184525.jpg
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp (kanan) meraikan kemenangan bersama pemain muda, Jayden Danns selepas aksi Piala FA menentang Southampton di Anfield. - Foto AFP

LIVERPOOL: Wira remaja baharu Liverpool, Jayden Danns mendapat suntikan semangat daripada pemain dart sensasi, Luke Littler yang baru berusia 17 tahun, kata pengendali kelab Liga Perdana Inggeris itu, Jurgen Klopp.

Penyerang The Reds itu meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Southampton pada pusingan kelima Piala FA di Anfield selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Danns membuat penampilan pertama dalam skuad senior tujuh hari lalu, beraksi ketika final Piala Liga di Wembley dan meledak dua gol di Anfield untuk minggu paling bermakna dalam kariernya.

Turut menemui sasaran dalam perlawanan itu ialah seorang lagi pemain remaja, Lewis Koumas.



Klopp menyamakan Danns, dan pemain-pemain muda Liverpool lain seperti naib juara Kejohanan Dart Dunia, Littler, yang mengejutkan England apabila mara ke final awal tahun ini.

"Ia seperti sensasi baharu dart, ia bagus untuk malam ini. Bakat luar biasa, sudah tentu bukan sesuatu yang semula jadi untuk budak berusia 18 tahun tenang seperti itu.

"Gol kedua, cukup tenang, dia lihat penjaga gol gagal menangani percubaan Conor (Bradley). Apabila jendela perpindahan dibuka, jangan minta sampai 12 pemain baharu," kata Klopp.

Trey Nyoni adalah pemain muda terbaru yang membuat penampilan sulung dan Klopp menambah berkenaan pemain 16 tahun itu: "Dengan Trey, dia cukup matang dengan bola. Ia istimewa dan juga pelik buat saya.

"Saya tidak pernah menurunkan begitu ramai pemain muda. Ia satu pengalaman menarik." - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/02/1218004/danns-seperti-sensasi-baharu-dart
Pages: [1]
View full version: Danns seperti sensasi baharu dart


ADVERTISEMENT