mattzzx Publish time 29-2-2024 01:36 PM

Remaja maut tertimbus tanah ketika mendulang emas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-02-29_11-52-33_1709178929.jpg
LOKASI kejadian remaja maut tertimbus tanah ketika mendulang emas. FOTO Amir Hamzah Nordin

Lipis: Seorang remaja mati tertimbus tanah ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan, dekat sini pada 12 tengah tengah hari semalam.

Mangsa, Budiman Johan, 18, bersama empat lagi rakannya dipercayai melakukan aktiviti mencari emas di ladang sawit berdekatan pembetung parit di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa dan empat rakannya ke pergi tempat kejadian kira-kira 3 pagi semalam.

"Ketika mendulang emas, mangsa turut menggali tanah dengan menggunakan tangan.



"Ketika mendulang, tanpa disedari berlaku gelungsuran tanah dan menyebabkan mangsa tertimbus tanah dan lemas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azli berkata, rakan mangsa membantu mengeluarkan mangsa dari timbunan tanah dan dibawa balik ke rumah mangsa di lokasi berhampiran.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan mendapati mangsa meninggal dunia," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan asphyxia due to landslide (asfiksia disebabkan oleh tanah runtuh).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065336/remaja-maut-tertimbus-tanah-ketika-mendulang-emas
Pages: [1]
View full version: Remaja maut tertimbus tanah ketika mendulang emas


ADVERTISEMENT