mattzzx Publish time 29-2-2024 01:30 PM

Cubaan hantar ganja 3 kg guna kurier gagal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hanjakamn1_1709181527.jpg
BUNGKUSAN yang berisi dadah jenis ganja bernilai RMRM7,517.73 dirampas JKDM Kelantan di sebuah pusat kurier barangan berdaftar di Rantau Panjang pada 20 Februari lalu. FOTO Ihsan JKDM Kelantan

Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 3.007 kilogram (kg) dadah jenis ganja bernilai RM7,517.73 di dalam bungkusan di sebuah pusat kurier barangan berdaftar di Rantau Panjang pada 20 Februari lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awan sebelum membuat pemeriksaan di pusat kurier berkenaan dengan disaksikan pekerja di situ dan menemui bungkusan yang berisi daun ganja.

Katanya, pelaku menggunakan Modus Operandi dengan menggunakan perkhidmatan

penghantaran kurier bagi mengedar ketulan mampat daun kering (ganja) tanpa meletakkan nama dan alamat penuh pengirim.



"Siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik dadah terbabit dan berdasarkan berat ganja yang dirampas ia boleh diedarkan kepada lebih 15,000 orang penagih dadah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang mana jika disabit kesalahan pelaku di hukun mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan

hukuman sebat tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

"Hasil siasatan juga mendapati kesemua dadah ini adalah untuk pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065369/cubaan-hantar-ganja-3-kg-guna-kurier-gagal
Pages: [1]
View full version: Cubaan hantar ganja 3 kg guna kurier gagal


ADVERTISEMENT