mattzzx Publish time 29-2-2024 01:15 PM

Johor terima peruntukan RM4.7 bilion laksana 510 projek tahun ini

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/ONN-ANWAR.jpeg
ONN Hafiz Ghazi menyampaikan cenderahati kepada Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor yang diadakan di Putrajaya, semalam.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor telah menerima peruntukan berjumlah RM4.7 bilion bagi pelaksanaan sebanyak 510 projek pembangunan di seluruh negeri, tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan tersebut berupaya menjadikan Johor sebagai sebuah hab ekonomi baharu melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pusat.

“Terdapat tujuh inisiatif dan projek pembangunan berimpak tinggi yang telah diberikan tumpuan iaitu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ); Projek Naik Taraf Lebuh Raya; dan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

“Selain itu, kerja menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2); kerja menaik taraf Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB); cadangan Projek Penyuraian Trafik dan Naik Taraf Pengangkutan Awam Di Bandar Raya Johor Bahru dan projek bekalan air Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri 12 Menteri Kabinet. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/29/johor-terima-peruntukan-rm4-7-bilion-laksana-510-projek-tahun-ini/
Pages: [1]
View full version: Johor terima peruntukan RM4.7 bilion laksana 510 projek tahun ini


ADVERTISEMENT