CARI-HBZ Publish time 29-2-2024 11:25 AM

“Dah Masuk Fasa Psycho” – Ramai Tegur Makin Berisi, Janna Nick Bangun 4 Pagi Buat Ujian Kehamilan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/29/112459msl1shjn1kono6ss.jpg



Siapa je yang kahwin tak nak anak? Mestilah semua pasangan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka, kan?


Begitu juga dengan pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang bernikah pada Jun 2023. Sampaikan Janna sudah masuk fasa phycho kerana terlalu mahukan anak.


Perkara itu dikongsi Janna di TikTok menjawab kepada kritikan seorang netizen mengenai badannya yang semakin berisi.


7340573679950105864


Dalam perkongsian itu, pelakon ini merakam dirinya yang bangun jam 4 pagi semata-mata mahu membuat ujian kehamilan.


Janna menunaikan solat sunat dua rakaat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya tidak kecewa sekali lagi. Tetapi nampaknya keputusan negatif.


Jelas Nurul Jannah, badannya semakin berisi kerana dia kurang bergerak takut sukar hamil. Dia juga berhenti melakukan aktiviti kegemaran seperti yoga, sauna dan bersenam supaya badan dapat berehat.


https://www.instagram.com/p/C3y6fGGv4wW/


Dia juga sudah ambil pelbagai jenis vitamin dan suplemen sehingga muka naik jerawat besar. Setiap bulan, fikirannya akan bercelaru kerana setiap perkara dirasakan seperti simptom hamil.


Apa-apa pun, pelakon ini menerima takdir bahawa dia perlu menunggu lebih lama sebelum hadirnya insan istimewa.


Kredit: TikTok Janna Nick/OhMedia

roti_banjir Publish time 29-2-2024 11:36 AM

the more you want it, the more depressed you will feel.....

anak tuh kan urusan Allah, reseki dari Allah.... sabar dan tgu jer.... berehat dari segala macam aktiviti, tapi minda dan emosi tak berehat, tuh pon tak bagus gak.....

minda dan emosi kena stabil dulu, kena usaha dan redha.... jalani hiudp seperti biasa secara positive, insyaAllah, klu ada rezeki, Allah akan bagi....

jebatmaspunyer Publish time 29-2-2024 11:37 AM

Aku tak faham mindset org cam dia ni. Ko tahu nk buat video yang di publish di media social, x boleh ke pakai seluar cover kaki tu. Nak buat content ambik wudhuk then solat sunat tp pakai baju pendek, paha terdedah.

Manusiabesa Publish time 29-2-2024 11:40 AM

Pcos kot. Bdn pun gempal. Rintangan insulin.

hanihan16 Publish time 29-2-2024 11:46 AM

anehnya mnetz yg komen kat post retis kepochi tanya2 dah berisi ke belum. :sweat3: i dari dulu dah set kan dalam minda unless pasangan tu sendiri yg bgtau org they are expecting, soalan dah ada isi ke belum mmg i tak kan tanya kat mana2 pasangan.

sebab i pernah mengalami both situation. masa i umur 18-19 camtu, i pernah tanya member yg dah kahwin (depa kahwin awal) dia dah berisi ke. dia senyum geleng tapi pastu during the whole event dia mmg mengelak drpd i. i rasa serba salah nak mampos. after i kajwin pulak i ttc almost 9 years baru berjaya. so i learnt my lesson.

ada org kata soalan dah berisi ke, bila nak tambah anak, bla bla yg berkaitan ni just cara acik2 nak ajak berbual. tapi pada i, baaaaanyak lg topik lain boleh dibuat bual selain topik bila org tu nak mengandung or knp lama kawen tak pregnant2 lagi.

Carcosa Publish time 29-2-2024 11:56 AM

Tu rumah MekJena ke??
Fuish cantik ek. Bagus lah Jena kerja kuat2 dulu, rumah dah beli. Walaupun hakak kengkadang rengsa dgn ko Jena, tapi bab ko dah beli rumah, hakak suka and bagi kau "Well done". Ha gichew.

asfaz Publish time 29-2-2024 12:02 PM

Abaikan lanetizens tu. Santai2 aje dik. Lagi kau stress lagi kau susah nak ngandung. Lagipun baru lagi. Anak ni urusan Allah. Kau enjoy aje la dlu honeymoon . InsyaAllah ada nanti rezeki.

kucingitam Publish time 29-2-2024 12:29 PM

kesiannya si janna ni. stress la tu org dok tny pasal anak..pls la peminat pun... leave them alone hal anak2 ni..

prettyuglybabe Publish time 29-2-2024 12:32 PM

badan dia memang dah berisi lama sebelum dia kawin ritu..
so relax-relax sudah..

Binodino Publish time 29-2-2024 12:37 PM

Rilek2 je, janna oi. Tak payah nak kemaruk nak anak bintang sagittarius ke apa jadah. Lagi 1, tau la this year tahun naga. Konon ong sangat kalau dapat anak tahun naga. Dah kalau kau salah didik anak tu, takde makna jugak.

Percaya ketentuan Tuhan, janna. Bukan bintang2 horoskop mengarut tu. Tak memasal sendiri psycho. Kau tu dah la ada bipolar.

xtinkerbellx Publish time 29-2-2024 01:01 PM

Buat content gini lagi la stress. Lek lek suda. Biasa bila tak fikir sangat la tup tup mengandung

Manusiabesa Publish time 29-2-2024 01:06 PM

xtinkerbellx replied at 29-2-2024 01:01 PM
Buat content gini lagi la stress. Lek lek suda. Biasa bila tak fikir sangat la tup tup mengandung

Aku syak dia sengaja wat vtt xbejaya ttc ni sbb nk suh founder apa2 poduk ttc amek dia buat duta. Cthnya susu eferty tu ke, jus mamariam ke. Apa2 la poduk yg ttcian patut consume. Tgok je la xlama lg mesti dia jdi duta produk.

zuriey Publish time 29-2-2024 01:08 PM

Tak pyh la ko dah l a ad masalah mental
Kang ank melalak tgh mlm ko hempas pula budak tu

doodlediddle Publish time 29-2-2024 01:14 PM

Edited by doodlediddle at 29-2-2024 01:17 PM

Aku bukannya ape. Tapi aku Mcm risau Sbb dia ni ade sakit mental. Having a kid it’s not easy you know. You have to be MENTALLY and physically fit! Orang asyik ckp pasal kepayahan semasa mengandung. Nobody and maybe a few shj yg highlight the challenges after giving birth! Bagi aku the most challenging phase is AFTER BIRTH. Dgn nk recover sakit beranaknya dgn sakit susunya dgn stress susu x kluar dgn anak asyik kelaparan, asyik terjaga, xtdo malam. Goshhhh mencabar gila. Ini utk first time mom lah. Nnt yg sterusnya could be better.
So utk Janna, relax aje. Kuat kan minda dulu. Having a child esp first one a lot of bittersweet memories

Ade Hikmah Belum dpt lagi Sbb Takut (Takut je) mental health kau trigger dgn sakit beranak dgn anak kau x diam.
tapi mek Janna ade lots of money, boleh hire CL lama2

cik_ingeniare Publish time 29-2-2024 01:32 PM

meols antara yg ttc jugak untuk anak no dua ni pun.. masa fasa teringin sangat tu, frust sangat bila tak dapat.. so, meols pun divert rasa frust tu ke bentuk lain.. start jaga makan, exercise semula.. banyakkan spend masa, jalan-jalan dgn anak & husband.. kena tenang tenang, chill.. insyaAllah bila sampai masa, Allah akan berikan jugak rezeki anak tu..

pembacagosip Publish time 29-2-2024 02:04 PM

jebatmaspunyer replied at 29-2-2024 11:37 AM
Aku tak faham mindset org cam dia ni. Ko tahu nk buat video yang di publish di media social, x boleh ...

kan short now amik wudhuk solat tapi ntah la pakaian pendek
mcm x ada asas ilmu eh retis ni

asfaz Publish time 29-2-2024 02:13 PM

hanihan16 replied at 29-2-2024 11:46 AM
anehnya mnetz yg komen kat post retis kepochi tanya2 dah berisi ke belum.i dari dulu dah s ...

Kawan ai baru berapa bulan tak smpi 2bulan kot,org dah bertanya. Siap ckp laki kau tak pandai main kot. And yg menyindir tu tgh mengandung anak pertama setelah 7 tahun mencuba. Ai yg dgr ni sakit hati betul apatah lagi kawan ai tu. Nangis dia and dia amik keputusan resign. Tak tggu pun smpi hujung bulan. Kerja kilang. Dia ckp takde gji pun takpe lah.

Suchi Publish time 29-2-2024 03:59 PM

Edited by Suchi at 29-2-2024 04:02 PM

Jgnla amik supplemen bukan2
Sbb kulit dia lawa mulus je tak mekap pun ok je

Amik folic acid je sbg persediaan pastu rileks2 je jgn stress ke apa
Ko tenang2 je takpun bitau hati utk redho
Iols perasan tiap kali iols redho nnt dapat juga malah pada masa yg bebetul sesuai.
Ingat Allah bkn tak nk bg apa yg kita nak tp Dia akan bagi apa yg kita perlukan.

dua_chzy Publish time 29-2-2024 04:09 PM

Semoga tak diberi anak kalau betul2 psiko. Kesian budak tu bakal waris segala penyakit mental kau.

dua_chzy Publish time 29-2-2024 04:11 PM

asfaz replied at 29-2-2024 06:13 AM
Kawan ai baru berapa bulan tak smpi 2bulan kot,org dah bertanya. Siap ckp laki kau tak pandai main ...

Lain kali jumpa babi tonyok camni, lazerkan aje uols. Tak rugi tak kawan human babi tak sedar diri sebegini.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: “Dah Masuk Fasa Psycho” – Ramai Tegur Makin Berisi, Janna Nick Bangun 4 Pagi Buat Ujian Kehamilan


ADVERTISEMENT