mattzzx Publish time 29-2-2024 10:19 AM

Liverpool dan United bertembung di suku akhir Piala FA

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/facup_1709167221.jpg
TROFI Piala FA. FOTO Agensi

London: Aksi suku akhir Piala FA bakal menemukan pertembungan dramatik apabila Manchester United dijadual menentang Liverpool selepas masing-masing melepasi halangan di pusingan kelima.

The Devils kendalian Erik ten Hag berjaya mara selepas menumbangkan Nottingham Forest 1-0 menerusi gol lewat permainan Casemiro, manakala Liverool mudah mengatasi Southampton 3-0 di Anfield.

Sementara itu, Chelsea turut mara fasa lapan terbaik apabila mengatasi Leeds 3-2 dan mereka akan berdepan Leicester di suku akhir.

Skuad The Reds yang masih segar dengan kejayaan memenangi Piala Liga menunjukkan prestasi mantap biarpun menurunkan sebahagian besar pemain muda ekoran kecederaan beberapa tonggak utama.



Mohamed Salah, Darwin Nunez, Diogo Jota dan Alisson Becker tidak diturunkan yang Jurgen Klopp memberi peluang buat penyerang berusia 18 tahun, Lewis Koumas dan dia membalas kepercayaan itu dengan mencetak gol buat pasukan.

"Kami tidak mengambil mudah perkara ini (menentang United). Situasinya sangat membimbangkan. Kami mengharungi terlalu banyak perlawanan tanpa pemain mencukupi.

"Mereka (pemain-pemain muda) perlu cepat belajar dan meningkatkan prestasi, tetapi ia satu persembahan yang baik," kata Klopp.

Bagi melengkapkan aksi di suku akhir, Wolves akan bertemu Coventry manakala juara bertahan, Manchester City akan melayan kunjungan Newcastle.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/02/1065283/liverpool-dan-united-bertembung-di-suku-akhir-piala-fa
Pages: [1]
View full version: Liverpool dan United bertembung di suku akhir Piala FA


ADVERTISEMENT